Kepada semua pelajar, semua guru dan semua ibu bapa diucapkan selamat bercuti serta diucapkan kepada semua warga Malaysia selamat merasai dan menghayati suasana musim cuti sekolah.
Kepada para pelajar dan ibu bapa penuhilah masa cuti dengan aktiviti yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap keselamatan anak-anak. Kejadian kemalangan sering berlaku dan meningkat di dalam musim cuti kerana pada ketika ini aktiviti para pelajar berlaku secara tidak terancang dan tanpa kawalan.
Walaupun terdapat ibu bapa menghantar anak-anak mengikuti kursus motivasi dan menghadiri kelas tambahan khas tetapi jumlahnya tidak ramai berbanding dengan mereka yang menghabiskan masa cuti secara tidak berkualiti.
Malang tidak berbau oleh itu sama-samalah kita menguruskan masa cuti anak-anak dengan baik dan berkualiti, sambil berdoa kepada Allah supaya dijauhi kemalangan dan mengekalkan keamanan dan kesejahteraan.
Sekarang terdapat banyak penganjur kursus seperti ini terpulang kepada ibu bapa hendak memilih yang mana satu yang berkenan di hati, Berilah peluang kepada anak-anak menambahkan bilangan kawan mereka secara sihat dan berkualiti, mereka boleh terus bermain di dalam program kursus yang memberi manfaat kepada mereka.
Sekiranya kita membiarkan mereka menghabiskan masa secara bersendirian di sana mungkin terdapat lebih banyak kelemahan dan kesilapan yang akhirnya akan membawa akibat buruk kepada diri mereka dan keluarga. Ibu bapa yang tidak mampu masih berpeluang memanfaatkan cuti itu dengan menganjurkan aktiviti yang lain, asalkan kita tidak membiarkan aktiviti anak-anak berjalan tanpa kawalan dan perancangan.
Diedit dari laman http://www.leewantam.com
No comments:
Post a Comment