Friday, September 3, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Dari Semua Warga SMKJR



Majlis Bermaafan Warga Reko Sempena Hari Raya Aidilfitri


JUMAAT 03 SEPTEMBER 2010 - Pada 7.30 pagi tadi, Pn.Rosny bt Osman (pengetua) telah memulakan ucapan Majlis Bermaafan Warga Reko Sempena Aidilfitri sebelum bercuti panjang mulai 4 Sept hingga 19 September 2010. Di samping menunjukajar adab bermaafan kalangan pelajar, majlis ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim sesama ummah serta masyarakat majmuk negara ini berkonsepkan 1 Malaysia. Seterusnya setiap wakil pelajar dari setiap tingkatan tampil memberi ucapan kemaafan dalam suasana kekeluargaan. Majlis disudahi dengan beberapa nasihat keselamatan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Selamat Hari Raya kepada semua warga. Maaf zahir batin.




Teknik Menjawab Matematik SPM

JUMAAT 03 SEPTEMBER 2010 - Pada 02 September 2010 (Khamis) telah diadakan Program Teknik Menjawab Matematik Tambahan SPM yang telah diadakan di Pusat Sumber sekolah bermula pada jam 8.00 hingga 12.00 tgh.Pelajar-pelajar yang terlibat ialah dari Tingkatan 5Sc1 dan 5Sc2.

Majlis Tadarus Dan Khatam Al-Quran


JUMAAT 03 SEPTEMBER 2010 - Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran bermula pada jam 8.00 pagi yang telah disertai oleh pelajar-pelajar Tingkatan 4.Majlis bermula dengan tadarus bertempat di Surau Al-Hidayah bagi pelajar perempuan dan Dewan Lestari bagi pelajar lelaki.Tepat jam 11.00 pagi majlis khatam Al-Quran telah berlansung di Dewan Lestari SMKJR. Antara aktiviti yang berlansung sepanjng majlis ini ialah khatam Al-Quran,persembahan nasyid,bacaan tahlil(diketuai oleh Ustaz Mustafa) dan Penyerahan wang zakat kepada anak-anak yatim SMKJR. Penyampaian wang zakat dan cenderahati kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini telah disampaikan oleh Puan Rosny bt Osman (Pengetua). Program ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam SMKJR. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua ajk program ini kerana telah dapat menyempurnakan majlis ini dengan lancar dan ucapan jutaan terima kasih kepada para penyumbang dan penderma bagi menjayakan majlis ini. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya.




Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 53


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 53
Dari Kami Seluruh Warga SMKJR!