JUMAAT 03 SEPTEMBER 2010 - Pada 7.30 pagi tadi, Pn.Rosny bt Osman (pengetua) telah memulakan ucapan Majlis Bermaafan Warga Reko Sempena Aidilfitri sebelum bercuti panjang mulai 4 Sept hingga 19 September 2010. Di samping menunjukajar adab bermaafan kalangan pelajar, majlis ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim sesama ummah serta masyarakat majmuk negara ini berkonsepkan 1 Malaysia. Seterusnya setiap wakil pelajar dari setiap tingkatan tampil memberi ucapan kemaafan dalam suasana kekeluargaan. Majlis disudahi dengan beberapa nasihat keselamatan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Selamat Hari Raya kepada semua warga. Maaf zahir batin.
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin saya ucapkan buat seluruh warga tenaga pengajar SMKJR tak kira sesi pagi/petang terutamanya buat guru2 yang pernah mengajar saya dari 2001-2007 (1SP1,2SP1,3SP1,4SP,5SP,6RKM,6UKM).. Sayang cikgu semua kerana Allah Ta'ala ^__^
ReplyDeleteRegards,
Wan Siti Aisyah,
x-SMKJR 07