Thursday, January 24, 2013

Pesta Pongal 2013

Khamis 24/01/2013 - Sambutan Pesta Pongal peringkat sekolah telah diadakan pada 19 Januari 2013 (Sabtu) yang lalu. Pesta anjuran Persatuan Bahasa Tamil & Kesusasteraan Tamil serta gabungan Bekas Murid India SMKJR ini telah berjalan lancar sehingga tengahari. Puan Zaitun bt Ibrahim (Pengetua) telah merasmikan  sambutan Pesta Pongal ini pada jam 11.30 pagi.Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan yang mana disertai oleh semua pelajar India iaitu pertandingan kolum,permainan kavadi, dan persembahan dari bekas pelajar SMKJR. Tahniah diucapkan kepada Puan Sumathy a/p Perumal selaku setiausaha pesta Pongal serta semua ajk yang terlibat pada hari tersebut.Diharap program seperti ini akan dapat diteruskan bagi mengwujudkan semangat berpasukan,bertoleransi serta keprihatinan dikalangan pelajar bagi melahirkan modal insan kelas pertama.


Salah satu Kolum yang telah siap untuk dipertandingkan










Persembahan tarian dari pelajar  

Ajk Pesta Pongal sedang sibuk menyiapkan hadiah untuk para pemenang

Penyampaian cenderahati kepada Pn.Yap Eit Moi
Pn.Norlaili bt Mahmud(PK KO Kurikulum) menerima cenderahati dari wakil Bekas Pelajar SMKJR



Pn.Zaitun bt Ibrahim menerima cenderahati dari Persatuan Bahasa Tamil





Tahniah kepada para pemenang pertandingan
Persembahan dari murid-murid Persatuan Bahasa Tamil



Bersungguh-sungguh dalam menyiapkan masakan mereka


Pertandingan Kolum 

Pn.Che Normalis,Pn.Norlaili serta Pn.Sumathy merupakan pengadil pertandingan pada hari tersebut










Pn.Che Normalis bersama cenderahati yang diterimanya

Pn.Sehidah bt Sirajudin (PK HEM) gembira bersama hadiah yang diterima

No comments:

Post a Comment