Pada 21 April 2011 (Sabtu) yang lalu telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2011 Kali Ke 18 bertempat di Dewan Lestari.Majlis bermula pukul 7.30 pagi dengan pendaftaran para pelajar yang telah berjaya di dalam peperiksaan pada sesi 2011. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Tuan Haji Mohd Mahmudi b Bakri, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat. Majlis juga telah diserikan dengan beberapa persembahan daripada para pelajar seperti persembahan dari alat perkusi (PPKI), Nasyid dan Tarian Tradisional dari kelab kebudayaan. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah menerima hadiah pada hari tersebut. Terima kasih juga kepada tetamu jemputan,ibubapa,guru-guru serta para pelajar yang terlibat secara lansung atas kesudian hadir pada majlis ini. Kerjasama anda semua didahului dengan ucapan terima kasih.Semoga berjumpa lagi pada majlis yang akan datang.
Ketibaan tetamu jemputan disambut oleh para pentadbir
Persembahan dari pelajar-pelajar PPKI dan Kelab Kebudayaan SMKJR
Pelajar PMR ,SPM dan STPM cemerlang
Tahniah kepada pelajar cemerlang STPM 2011
Bergambar kenangan bersama Tuan Hj.Mohd Mahmudi b Bakri,
Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat
Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang telah bekerjasama
menjayakan majlis pada tahun ini.
menjayakan majlis pada tahun ini.
Pendaftaran bermula seawal jam 7.30 pagi
Taman Mini hasil kreativiti dari En.Ahmad b. Abdullah(Guru MPV) bersama
pelajar-pelajarnya.Tahniah!!
pelajar-pelajarnya.Tahniah!!
No comments:
Post a Comment