Sunday, July 24, 2011

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE 17 2011


Ahad 24 Julai 2011 - Kejohanan Balapan dan Padang kali Ke 17 telah diadakan di Komplek SukanMPKj,Seksyen 15 Bandar Baru Bangi pada 14 Julai 2011 (Khamis) yang lalu. majlis ini telah dirasmikan oleh Pengetua Pn.Rosny bt Osman.Antara yang hadir ialah YDP PIBG SMKJR. Semua pelajar berkumpul di Kompleks MPKj pada jam 7.30 pagi dan acara perbarisan rumah sukan bermula pada pukul 8.30 pagi seterusnya acara balapan dan padang bermula. Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang disempurnakan oleh YDP PIBG,Pengetua dan PK Koko SMKJR. Majlis berakhir pada jam 12.45 tengah hari.





Perbarisan rumah-rumah sukan dan pembawa bendera kejohanan bermula diketuai oleh Saudara Fatah dari Tingkatan 6 Atas Sastera



Persembahan Formasi dari pelajar-pelajar perempuan tingkatan 4

Ucapan perasmian dari Puan Pengetua seterusnya memotong reben bagi menandakan perasmian kejohanan kali ke 17 bagi tahun 2011



Acara balapan 4 x 100m (L2) dan (P2)

Penyampai hadiah oleh Pn.Norlaili bt Mahmud (PK Koko)

Tahniah kepada semua pemenang.....

Rumah Suria menjadi Johan keseluruhan dengan pungutan mata
sebanyak 1350 pada kejohanan kali ini.Tahniah!!


Olahragawan 2011 dan Olahragawati 2011

No comments:

Post a Comment