Thursday, July 4, 2013

Hari Bicara Akademik & Sahsiah Pelajar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada 8 Julai 2013 (Isnin) bertempat di SMK Jalan Reko, Kajang akan diadakan Hari Bicara Akademik dan Sahsiah Pelajar. Dijemput ibu bapa atau penjaga hadir ke sekolah pada jam dan tempat yang   berikut :-

Sesi Pagi     : 10.45 - 1.00 tgh
Sesi Petang  : 3.30 - 6.30 ptg
Tempat       : Kelas anak masing-masing

Semua pelajar akan dibenarkan pulang bersama ibu bapa selepas mengambil keputusan akademik. 

Arahan,
Pengetua.

Monday, July 1, 2013

Perasmian Minggu Koperasi.

 Pada 1 July 2013 telah berlangsung Perasmian Minggu Koperasi di Dataran Wawasan. Majlis ini dipengerusikan oleh Siti Amira.

 Bacaan Doa oleh Haziq Aziz.

 Ikrar Rakyat Malaysia dan Ikrar Pelajar oleh Vevinesh.

 Penerangan tentang kepentingan Koperasi di sekolah, perkembangan dan aktiviti terkini yang dijalankan oleh Koperasi.
 

 Selepas perbacaan perutusan, persembahan koir lagu Semangat Koperasi. 




Penanaman pokok oleh Pengetua SMK Jalan Reko.

Tuesday, June 25, 2013

Makluman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada semua pelajar Smk Jalan Reko,semua aktiviti Ko - Kurikulum bagi sesi pagi dan sesi petang dibatalkan sehingga 28 Jun 2013 (Jumaat) berikutan keadaan jerebu masih di dalam keadaan membimbangkan. Pelajar tidak digalakkan sama sekali mengadakan aktiviti luar semasa di sekolah.Harap maalum.

Arahan,
Pengetua

Monday, June 24, 2013

Makluman Terkini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada semua warga SMKJR sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 25 Jun 2013 Selasa.Kepada pelajar-pelajar yang mengalami masalah kesihatan akibat jerebu dinasihatkan mendapat rawatan dengan segera dan memaklumkan kepada pihak sekolah sekiramya tidak hadir. Semua aktiviti KoKu sesi pagi dan petang adalah dibatalkan pada 25 jun 2013.



Arahan,

PENGETUA

Sunday, June 23, 2013

Pengumuman

Perhatian kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2 yang terlibat dengan latihan Choral Speaking ,latihan dibatalkan pada 24 Jun 2013 Isnin berikutan penutupan sesi persekolahan pada tarikh ini.Latihan akan diadakan pada 25 Jun 2013 Selasa jam 9.00 pagi jika sekolah dibuka semula.

Pn.Ranjeetha
Guru Pembimbing