Wednesday, October 31, 2012
Monday, October 29, 2012
Sunday, October 14, 2012
Laluan Redha Tingkatan 3
Majlis Laluan Redha telah diadakan pada 05 Oktober 2012 (Jumaat) yang lalu anjuran Unit Bimbingan Kaunseling. Majlis ini telah dihadiri semua pentadbir,guru-guru dan kesemua pelajar-pelajar SMKJR yang bertempat di Dataran Wawasan. Bermula pada jam 7.30 pagi ,pelajar berkumpul di Dataran Wawasan. Bermula dengan bacaan doa serta diikuti oleh ucapan Pengetua Pn.Zaitun bt Ibrahim. Laluan Redha dimulai dengan barisan pentadbir kemudian diikuti oleh guru-guru.pelajar-pelajar Tingkatan 3 juga diberi cenderahati seperti pensil,pen dan pemadam bagi kegunaan peperiksaan yang akan dihadapi nanti. Cenderahati itu adalah sumbangan daripada guru-guru SMKJR. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Semoga ANDA semua akan beroleh kejayaan yang cemerlang.
Pelajar-pelajar berkumpul di Dataran Wawasan
Pelajar-pelajar bersalaman dengan guru-guru
Pengetua memberi ucapan ringkas
Saturday, October 13, 2012
Solat Hajat PMR & SPM
Majlis Solat Hajat anjuran Panitia Pendidikan Islam telah berlansung pada 04 Oktober 2012 (Khamis) yang lalu. Kesemua pelajar Tingkatan Tiga dan Lima serta guru-guru hadir ke majlis itu.Pendaftaran bermula pada jam 6.30 petang dan makan malam serta dimulai solat maghrib secara berjemaah di kantin sekolah. Turut sama ialah ibu bapa para pelajar.Terima kasih kepada Pengetua serta Guru-guru Penolong Kanan yang hadir bersama-sama di majlis ini.
Wednesday, October 10, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)


