Friday, April 20, 2012

AL-FATIHAH

Dengan penuh rasa rendah hati dan dukacita, seluruh warga SMK Jalan Reko mengucapkan takziah kelapada keluarga Allahyarhamah Pn.Rosny bt Osman, Pengetua SMKJR yang telah kembali ke rahmatullah pada 17hb April 2012 ,9.10 malam di Hospital Selayang,Selangor. Bersama-samalah kita berdoa semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan dirahmat Allah SWT.Al-Fatihah....


04.11.1955 - 17.04.2012

AL - FATIHAH

Friday, April 6, 2012

Perasmian English Week 2012


07 April 2012 Jumaat - English Week 2012 telah dilancarkan pada 06 April 2012 di Dataran Wawasan yang telah dirasmikan oleh Penolong Kanan ,Pn.Che Normalis bt Alias. English Week 2012 adalah antara aktiviti Panitia Bahasa Inggeris yang diketuai oleh Pn.Bemalapathy selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris. Persembahan lakonan spontan terdiri dari pelajar Persatuan Bahasa Inggeris menceriakan lagi persembahan pada pagi itu. Pelbagai aktiviti akan diadakan sempena English Week seperti Crossword Puzzle,Singing Competition,Word Search,Spelling Bee,Word Snag, Poem Reciting Competition, Scabble,Idioms dan Public Speaking.

Learn English, Love English

Ucapan perasmian oleh Penolong Kanan

Cenderahati disampaikan oleh Ketua Bidang Bahasa Pn.Wan Shafini kepada Penolong Kanan ,Pn.Che Normalis bt Alias


Persembahan dari ahli-ahli Persatuan Bahasa Inggeris


KEJOHANAN OLAHRAGA PADANG DAN BALAPAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH HULU LANGAT 2012

06 April 2012 Jumaat - Kejohanan Olahraga Padang dan Balapan Pendidikan Khas Daerah Hulu Langat telah berlangsung pada 27 Mac hingga 28 Mac 2012 yang lalu. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat iaitu Tuan Hj Mohd Mahmudi bin Bakri . PPKI SMK Jalan Reko juga ingin merakamkan ucapan terima kasih diatas kesudian Penolong Kanan , Puan Che Normalis bt Alias dan Penolong Kanan Ko-kurikulum, Puan Noorlaili bt Mahmud yang turut sama hadir memeriahkan majlis tersebut. Seramai 18 orang murid telah menyertai kejohanan tersebut, manakala guru-guru PPKI telah ditugaskan sebagai Jawatankuasa Hadiah dan Pegawai Kejohanan. Murid-murid yang tidak terlibat hadir untuk memberikan sokongan kepada wakil sekolah.

PPKI SMK Jalan Reko telah berjaya meraih 6 pingat emas, 5 pingat perak dan 5 pingat gangsa dari kesemua acara yang telah dipertandingkan. Anugerah tertinggi yang dicapai oleh sekolah kita pada tahun ini ialah Olahragawati Pendidikan Khas Daerah Hulu Langat Tahun 2012, Atlet Terbaik bagi kategori Perempuan Senior dan Atlet Terbaik Lelaki Junior. Segulung ucapan tahniah untuk murid-murid yang telah berjaya menunjukkan komitmen yang baik dan juga guru-guru yang gigih melatih mereka.










Tahniah kepada para pemenang!!


Sunday, April 1, 2012

Praktikal Tawaf Haji Dan Umrah 2012


01 April 2012 - Pada 23 Mac yang lalu Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan satu aktiviti iaitu "Praktikal Tawaf Haji Dan Umrah" dengan kerjasama Tabung Haji. Aktiviti ini melibatkan semua guru dan pelajar SMK Jalan Reko yang telah diadakan di Dataran Wawasan bermula dari pukul 8.00 - 10.20 pagi. Tujuan utama diadakan program ini adalah untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada pelajar-pelajar serta menimba pengalaman sebenar dan bagi memberi impak yang positif dalam kehidupan seharian. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak tabung Haji yang sudi hadir pada hari tersebut.











Penyampaian cenderahati dari pihak sekolah telah disampaikan oleh En.Ahmad b Abdullah kepada kaki tangan Tabung Haji.

Thursday, March 22, 2012

Tahniah Pelajar Cemerlang SPM 2011

22 Mac 2012 Khamis - Pada 21 Mac 2012 yang lalu keputusan SPM 2011 telah diumumkan. Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang. Pada tahun 2011 peratus kelulusan ialah sebanyak 89.1% berbanding pada tahun 2010 iaitu 87.7%.Peningkatan sebanyak 1.4%.Tahniah sekali lagi !Kami bagi pihak warga SMKJR mengucapkan terima kasih kepada ibubapa,para guru dan pelajar-pelajar SPM 2011. Semoga anda akan terus berjaya pada masa akan datang walau di mana anda berada. Kepada yang kurang berjaya, anda masih ada peluang untuk meneruskan usaha anda menjadi orang yang lebih berjaya nanti. Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua (pelajar) AJK Unit Redaksi Majalah Wawasan dan Unit Fotografi sekolah atas kerjasama anda pada hari tersebut.

Suasana dihari pengambilan keputusan SPM di Dewan Lestari





Tahniah! Pelajar Cemerlang Chong Cai Wen bersama ibunya.....


Tahniah Ang Iye Szin!!

Tahniah Izzul Faqihah, Wahida, Siti Hajar, Siti Farwizah.....