Thursday, November 11, 2010

Berakit Di Taman Rekreasi Air ,Wetland Putrajaya


KHAMIS 11 NOVEMBER 2010 - Seramai 41 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring telah ke Taman Rekreasi Air,Wetland Putrajaya untuk menyertai aktiviti berakit di bawah anjuran Unit Koko SMK Jalan Reko. Aktiviti ni telah dikendalikan oleh Bahagian Rekreasi,Perbadanan Putrajaya. Aktiviti bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang.Antara tujuan pihak sekolah mengadakan aktiviti berakit ini adalah untuk memberi pengalaman baru kepada para pelajar mengenai cara-cara mengendalikan rakit di air,mempertingkatkan stamina kepada para pelajar serta mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar khususnya.Aktiviti dimulakan dengan tunjuk cara membuat rakit,cara-cara mengendalikan rakit di air serta membuat pemanasan badan.Pertandingan Berakit juga diadakan semasa aktiviti ini di mana sebanyak 6 kumpulan bertanding.Hadiah telah diberikan kepada pemenang tempat pertama,kedua,ketiga dan saguhati kepada kumpulan yang tidak berjaya. Hadiah telah disampaikan oleh Pn.Noriza bt Wahab (Setiausaha Ko Kurikulum SMKJR). Pelajar dan guru pulang pada jam 2.30 petang.Tahniah diucapkan kepada Unit Kokurikulum kerana berjaya mengadakan aktiviti ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Bahagian Rekreasi,Perbadanan Putrajaya kerana kerjasama yang telah diberikan.


Wednesday, November 3, 2010

Program Jaringan Mesra Tingkatan 1 dan Peralihan Tahun 2011

2 November 2010 - Pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan wakil daripada 12 buah sekolah rendah kerana hadir untuk suatu taklimat dalam program Jaringan Mesra pada Selasa, 2 November 2010. Program tersebut yang diadakam di Bilik Wawasan SMKJR telah dipengerusikan oleh En. Zulhemay b. Mohd Jidin, Penolong Kanan Petang sekolah ini . Pn. Sehidah bt. Sirajudin ,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKJR telah menyampaikan maklumat terperinci berkaitan kemasukan murid baru.
Sekolah rendah yang terlibat merupakan ‘Freedal School’ sekolah ini. Sekolah tersebut adalah terdiri daripada SK Seksyen 7, SK Jalan Empat, SK Sungai Ramal Dalam, SK Rinching Hilir, SK (2) Jalan Bukit, SK Jalan Bukit (Satu), SK Jalan Enam, SK Sungai Kantan, SK Jalan Semenyih 2, SK Jalan Tiga, SJKT Ladang West Country dan SJKC Sungai Chua.
Majlis taklimat yang turut dihadiri oleh Pn. Rosny bt Osman, Pengetua SMKJR Beliau memberi maklumat perkara yang perlu disampaikan kepada murid sekolah rendah semasa pendaftaran kemasukan para pelajar baru pada 31 Disember 2010.




Tuesday, November 2, 2010

Happy Deepavali & Selamat Bercuti!!

Selamat Menyambut Deepavali Kepada Semua Guru dan
Pelajar India SMK Jalan Reko.
Salam Satu Malaysia!!

Monday, November 1, 2010

Hi Tea 2010 - Glamorous Red Carpet

Sabtu 30 Oktober 2010 - Bertempat diTaman Equestrian, Putrajaya telah berlangsung Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru & Staf SMK Jalan Reko, Kajang bagi T.2010. Jamuan ini diadakan untuk merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada semua guru dan staf setelah hampir setahun bergading bahu bekerjasama memberi khidmat terbaik . Majlis ini juga sebagai medan terakhir antara guru dan staf untuk beramah mesra mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam melahirkan suatu suasana kerja yang lebih selesa dan hormani. Pada tahun ini AJK Kelab Guru & Staf yang dipengerusikan oleh En. Mohd Shahnizam bin Shair telah berjaya membuat suatu kelainan dengan berkonsepkan "Glamorous Red Carpet”. Dalam ucapannya beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir untuk majlis tersebut. Semua guru telah diberi penghargaan bersesi gambar setelah menaiki tangga berkarpet merah sepanjang 25 meter apabila selesai sahaja memasuki pintu gerbang dewan yang dihiasi indah.
Majlis bermula jam 3.00 petang oleh bacaan doa daripada En. Abdul Gaffar b.Abdullah. Pn. Rosny bt. Osman, Pengetua SMK Jalan Reko, turut berucap. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa gembira dan ucapan terima kasih yang tak terhingga atas sokongan semua berganding bahu melaksanakan kewajipan bagi merealisasikan visi dan misi sekolah. Juruacara majlis En. Muhammad Nizam bin Jamal berjaya menghidupkan suasana dengan celoteh dan usikan mereka bagi memeriahkan lagi majlis pada petang tersebut. Majlis juga diserikan dengan nyanyian Karaoke daripada 4 murid SMK Jalan Reko dan diselangseli dengan penganugerahan kepada beberapa orang guru yang berinovasi dan berjasa kepada sekolah.
Kehadiran Dr.Mohammud bin Che Husain dan En.Mohd.Tamron bin Mohd Noor, AJK PIBG menambahkan lagi semarak tanda sokongan padu ibu bapa kepada sekolah. Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah di mana ramai para guru berjaya memenangi hadiah seperti barangan elektrik dan hamper,voucher penginapan di Bukit Merah Lake Town(2 hari 1 malam) serta sebuah TV Plasma. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang-penyumbang dan kepada pihak Equestrian Park, Putrajaya.Budi baik anda akan kami kenang hingga akhir hayat!



Wednesday, October 27, 2010

BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Isnin 25 Oktober 2010 - Selaras dengan keputusan kerajaan untuk mengisytiharkan Oktober sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan, maka SMK Jalan Reko, Kajang tidak terkecuali melaksanakan program tersebut pada 25 Oktober 2010. Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Muhamad Fadzly b. Salleh pengawas 5Sc1. Majlis bermula jam 7.35 pagi . Pada pagi itu semua pelajar bersama-sama menyanyikan lagu Bahasa Jiwa Bangsa, Kehadiran Nurhidayu bt. Ishak, 3SP2, dan Fatin Nurul Shafiqah bt. Mohd Rasol 3SP 2 dalam Bicara Bahasa menyemarakkan lagi aktiviti pada pagi itu. Majlis diakhiri dengan ucapan Pn. Rosny bt. Osman, Pengetua SMKJR. Aktiviti yang dipamerkan pada Bulan Bahasa ini diharapkan para pelajar akan lebih memahami dan mencintai Bahasa Melayu sebagai satu Bahasa Kebangsaan yang penting dan perlu dipelajari secara mendalam kerana ianya sebagai wahana perpaduan serta bahasa komunikasi.Bulan Bahasa juga diadakan uuntuk mencungkil bakat para pelajar sekolah supaya boleh diketengahkan . Ini secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berani dan yakin dengan kebolehan sendiri.