Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 53


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 53
Dari Kami Seluruh Warga SMKJR!


Monday, August 30, 2010

Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Hulu Langat 2010


ISNIN 30 OGOS 2010 - Syabas dan tahniah diucapkan kepada SMKJR yang telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Perbahasan Ala Parlimen Peringkat Daerah Hulu Langat yang telah diadakan pada 24 Ogos 2010 di SMK Jalan Bukit. Pasukan SMKJR telah berjaya mendapat tempat ketiga.Tajuk yang dibahaskan ialah "This House Believes That Changes Not Progress" bagi peringkat separuh akhir dan "This House believes That Moral Education Should Not Be Formally Assessed In Malaysian Schools"(peringkat akhir).Pelajar-pelajar yang telah mengambil bahagian adalah seperti berikut:
  1. Nur Aliya bt Azmi
  2. Muhammad Fadzly b Salleh
  3. Akinnuoye Benyamin
  4. Thilaganeshan a/l Pannirselvam
  5. Nurwahida bt Md Ismail
  6. Fatin Nur Ummira bt Ab.Khair
  7. Siti Farwizah bt Md. Yusof
  8. Muhammad Azfar b Adhza
Pembahas terbaik bagi separuh akhir ialah Akinnuoye Benjamin.

CONGRATULATIONS REKORIANS AND NEXT YEAR WE WILL AIM FOR "JOHAN"
REMEMBER "REKORIANS BOLEH!!"



































Penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta telah disempurnakan oleh
Puan Rosny bt Osman(Pengetua) pada perhimpunan rasmi sekolah.

Friday, August 27, 2010

Salam Nuzul Al-Quran



Berhubung dengan ini Allah berfirman,
“Dan mereka yang telah Kami berikan Kitab kemudian mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itulah yang beriman dengannya. Barang siapa yang ingkar terhadapnya mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah Al-Baqarah ayat 121)

Monday, August 23, 2010

Salam Takziah Dari Semua Warga SMKJR Buat Pn.Rozarina Bt Bukhari

BH Online


'Akmal pergi selepas 5 tahun tanggung derita'
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
2010/08/23

SEMENYIH: Selepas menderita menjalani pembedahan sebanyak 15 kali termasuk kaki kanan dipotong dan kedua-dua kornea mata terpaksa dibuang akibat kejadian tercampak dari buaian, kanak-kanak malang, Akmal Haris Shamsul Anuar, 5, akhirnya meninggal dunia di kediamannya, di sini, awal pagi semalam.Kematian kanak-kanak yang terpaksa menempuh tragedi hitam seawal usia tiga bulan itu disedari ayahnya, Shamsul Anuar Saidin, 39, kira-kira jam 5 pagi ketika bangun bersahur bersama isteri, Rozalina Bukhari, 39, dan tiga anaknya.

Rozalina berkata, beliau yang terjaga seawal jam 4 pagi untuk menyediakan makanan bersahur sempat melihat keadaan anak bongsunya yang berada di sebelahnya, tetapi menyangka Akmal Haris berada dalam keadaan baik.Ketika berada di dapur, suami yang ketika itu terjaga melihat keadaan Akmal menerpa sebelum memeluk saya mengatakan anak kesayangan kami sudah meninggal dunia.Saya terkejut tidak percaya sebelum melihat sendiri nadi Akmal untuk mendapatkan kesahihan dan akhirnya akur penderitaan anak saya sudah berakhir, katanya ketika ditemui di rumahnya, di Taman Desa Mewah, di sini, semalam.Jenazah Allahyarham dimandi dan disembahyangkan di Masjid Semenyih sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Lalang kira-kira jam 12 tengah hari.

Akhbar sebelum ini melaporkan, seorang bayi berusia tiga bulan cedera parah di kepala selepas tercampak dari buaian di pusat asuhan kanak-kanak pada 7 September 2005.Akibat kejadian itu, mangsa terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) beberapa bulan dan berada dalam keadaan koma kerana saraf otak mengalami kerosakan teruk.

Rozalina berkata, walaupun terkilan kerana kehilangan anak tersayang ketika bulan Ramadan dan dua minggu lagi bakal menyambut Aidilfitri, namun reda dengan ketentuan Ilahi.Baju raya Akmal sudah dibeli sejak sebulan lalu dan kami sekeluarga berhasrat membawa Akmal pulang ke kampung di Taiping menyambut Aidilfitri, tetapi tidak kesampaian.Bagaimanapun, sebagai seorang ibu, saya cuba yang terbaik dengan menjaganya penuh kasih sayang sejak tragedi malang lima tahun lalu, katanya.

Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas. Kembali ke atas

Saturday, August 21, 2010

Program Ihya' Ramadhan Al-Mubarak 1431/2010M

SABTU 21 OGOS 2010 - Pada 20 Ogos 2010 (Sabtu) telah diadakan Ceramah Ramadhan sempena Program Ihya'Ramadhan Al -Mubarak. Majlis ini telah diadakan di Dataran Wawasan pada jam 7.30 hingga 8.40 pagi yang dihadiri oleh guru-guru dan pelajar-pelajar islam SMKJR. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk dan melatih pelajar ke arah mempertingkatkan semangat, bertanggungjawab dan menghormati tuntutan agama. Seterusnya membina sahsiah pelajar supaya menjadi insan mulia dan dapat membangun diri,berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Pada kali ini penceramah jemputan ialah Ustaz Ismail b Hashim dari Unit Pendidikan Islam,Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara beberapa aktiviti yang akan dijalankan sempena program ini ialah Kuiz Ramadhan, Tazkirah, Edaran Risalah Ramadhan, Tadarus Al-Quran, Majlis Khatam Al-Quran dan alunan zikir dan nasyid. Sekalung ucapan penghargaan kepada Panitia Pendidikan Islam dan semua warga pendidik dan pelajar muslim SMKJR.