Thursday, March 13, 2014

English Week 2014



English Week 2014 telah diadakan pada 24/2/2014 sehingga 28/2/2014 yang telah dikendalikan oleh Panitia Bahasa Inggeris. tahniah kepada Pun Bemalapathy bersama HJK kerja panitanya kerana telah megelolakan English Week dengan jayanya. Diharap tahun depan akan bertambah cemerlang.
Perasmian English Week 2014









Majlis Penutup English Week
Para pemenang dalam pelbagai kategori menerima 
hadiah masing-masing dari Pengetua




























TAHNIAH!Kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian sepanjang 
English Week dan kepada yang tidak berjaya cuba lagi pada tahun hadapan.

AKU JANJI PEPERIKSAAN

Pada 10 Februari yang lalu Majlis Aku Janji pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan STPM,SPM serta Tingkatan 3 telah diadakan di Dataran Wawasan pada perhimpunan mingguan hari Isnin. Majlis bermula pada jam 7.30 dibawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Majlis telah dirasmikan oleh YDP PIBG En.Abd Rahman b Ajam.

Bacaan doa dari Ustaz Mustafa bagi memulakan majlis

Barisan para pentadbir bersama En.Abd Rahman b Ajam



Ucapan perasmian oleh YDP PIBG

Ikrar bagi pelajar Tingkatan 3 diwakili oleh Adik Hafiz dari Tingkatan 3SP1




Ikrar pelajar Tingkatan 5 diwakili oleh Ketua Pengawas Saudara Muhammad Izanie



Pelajar-pelajar dari 6PU1

Wednesday, March 12, 2014

Monday, March 10, 2014

Pelancaran Program - CIKGUMU CANTIK

Pada 15 Februari 2014 bertempat di Dataran Wawasan telah berlansung Pelancaran Program 'CikguMu Cantik'. Program CikguMu Cantik (Cikgu dan Murid Cari dan Musnahkan Jentik-jentik) merupakan satu program bagi memberi kesedaran dalam semua warga sekolah perihal pentingnya melaksanakan gerak kerja bagi mengenalpasti kawasan berisiko tinggi menjadi tempat pembiakan jentik-jentik nyamuk Aedes. 
Program ini juga bertujuan mengeratkan hubungan dan kerjasama antara guru dan pelajar serta ibu bapa dalam menjayakan semua proram sekolah. Majlis bermula dengan ucapan perasmian oleh Pengetua di Dataran Wawasan dan para pelajar diagihkan ke beberapa kawasan sekitar sekolah bersama para guru yang bertugas.

















Thursday, March 6, 2014

PELANCARAN MENTOR MENTEE



Pelancaran Mentor Menteeanjuran Unit Bimbingan Kaunseling telah diadakan pada 27.01.2014 (Jumaat) yang telah dirasmikan oleh Puan Pengetua. Dalam majlis yang singkat ini telah diadakan persembahan oleh pelajar-pelajar Kelab Kebudayaan sekolah serta pemberian lencana 'Saya Guru Penyayang" telah diberikan kepada semua warga pendidik SMKJR.