Saturday, July 6, 2013

Kem Literasi 2013

Pada 6.7.2013 (Sabtu) sekolah telah mengadakan Kem Literasi Kepimpinan atau lebih dikenali sebagai 'Kem Ungu'. Kem ini adalah gabungan Unit-unit di bawah kendalian PK HEM iaitu Pn.Sehidah bt Sirajudin. kem ini telah mengumpulkan guru dan pelajar bergabung tenaga dalam satu kumpulan dalam acara-acara yang telah disediakan. Kem ini juga sebenarnya lebih menerapkan semangat kerjasama,bersatu padu serta merapatkan lagi hubungan dan kemesraan antara guru dan murid-murid dakam unit asing-masing. Pelbagai aktiviti telah diadakan. Contohnya, baling selipar, lempar gelang getah, batu seremban, teng teng dan galah panjang.

 Pendaftaran mengikut kumpulan pada pukul 7 pagi.





 Ucapan aluan oleh Pengetua.

 Perasmian Kem Literasi oleh Pengetua.


Santai dan ceria bersama. (Senaman berirama)



Selepas senaman berirama. Acara sukan tradisional rakyat dijalankan.

 Batu Seremban.





 Lempar gelang getah.





 Baling Selipar.




 Galah Panjang.





 Teng teng





Selepas selesai semua aktiviti. Pertandingan sorakan kumpulan dijalankan.








 Majlis penutup dan penyampaian hadiah.




Sifat kempimpinan merupakan fitrah semulajadi yang tidak terhingga nilainya dan berada di dalam diri setiap manusia sejak azali lagi. Namun kadangkala manusia yang sering hilang pertimbangan dan hilang kawalan seolah olah hilang pimpinan. Generasi muda pula merupakan tonggak dan pendokong matlamat negara. Namun begitu terdapat sesetengah daripada mereka tidak menyedari keupayaan serta potensi diri bahawa mereka ini layak untuk bergelar pemimpin. Adalah diharapkan juga dengan Kem Literasi Kepimpinan ini nanti, para peserta akan dapat mengaplikasikan segala ilmu dan pengalaman untuk menjalankan tugas di sekolah dengan baik. Terima kasih diucapkan kepada semua warga SMKJR yang terlibat,terutama kepada Pengetua Pn.Zaitun bt Ibrahim, Pn.Sehidah bt Sirajudin (PK HEM), D'Fine Sdn Bhd, semua Krew Photografia SMKJR dan pihak yang terlibat secara lansung dan tidak lansung bagi menjayakan kem ini. Jumpa lagi pada tahun hadapan!


Thursday, July 4, 2013

Hari Bicara Akademik & Sahsiah Pelajar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada 8 Julai 2013 (Isnin) bertempat di SMK Jalan Reko, Kajang akan diadakan Hari Bicara Akademik dan Sahsiah Pelajar. Dijemput ibu bapa atau penjaga hadir ke sekolah pada jam dan tempat yang   berikut :-

Sesi Pagi     : 10.45 - 1.00 tgh
Sesi Petang  : 3.30 - 6.30 ptg
Tempat       : Kelas anak masing-masing

Semua pelajar akan dibenarkan pulang bersama ibu bapa selepas mengambil keputusan akademik. 

Arahan,
Pengetua.

Monday, July 1, 2013

Perasmian Minggu Koperasi.

 Pada 1 July 2013 telah berlangsung Perasmian Minggu Koperasi di Dataran Wawasan. Majlis ini dipengerusikan oleh Siti Amira.

 Bacaan Doa oleh Haziq Aziz.

 Ikrar Rakyat Malaysia dan Ikrar Pelajar oleh Vevinesh.

 Penerangan tentang kepentingan Koperasi di sekolah, perkembangan dan aktiviti terkini yang dijalankan oleh Koperasi.
 

 Selepas perbacaan perutusan, persembahan koir lagu Semangat Koperasi. 




Penanaman pokok oleh Pengetua SMK Jalan Reko.