Sunday, March 10, 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 19




Ahad 10 Mac 2013 - Mesyuarat Agung PIBG kali ke 19 telah diadakan pada 2 Mac 2013 yang baru lalu. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Mohd Mahmudi b Bakri,Ketua Sktor,Sektor Pengurusan Sekolah ,Jabatan Pendidikan Selangor. Pandaftaran guru dan ibubapa seawal 8.00 pagi bertempat di Dewan Lestari. Antara agenda mesyuarat ialah membincangkan masalah dan cadangan yang perlu diperbaiki pada masa akan datang serta pemilihan ahli jawatankuasa sesi 2013 antara wakil guru dan ibu bapa.

Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir pada mesyuarat kali ini. Diharap dengan kerjasama dan sokongan yang diberi akan dapat membantu menaikkan prestasi dari segi akademik dan sahsiah pelajar.
Barisan pentadbir sekolah

En.Abd rahman b Ajam YDP PIBG sedang mendaftar 
dimeja pendaftaran




   

Ucapan peramian oleh Tuan Haji Mohd Mahmudi b Bakri




Cabutan nombor bertuah















Mesyuarat bermula



Wakil dari ibubapa



AJK PIBG Sesi 2013.Tahniah atas perlantikan

Saturday, March 9, 2013

KEJOHANAN HOKI MSSD HULU LANGAT 2013




Sabtu 9 Mac 2013 - Kejohanan Hoki MSSD Hulu Langat  telah berlansung di Stadium hoki Seremban 2,Negeri Sembilan pada 4- 6 Mac 2013 yang lalu.Sebanyak 15 buah sekolah telah terlibat di kejohanan ini iaitu terbahagi kepada pasukan Lelaki bawah 18,perempuan bawah 18,lelaki dan perempuan bawah 15 tahun.

Pada kejohanan ini SMKJR telah menjadi tuan rumah sebagai pengelola kejohanan. Beberapa orang guru terlibat membantu  disepanjang kejohanan berlansung. terima kasih kepada semua Ajk(Guru) ,Media SMKJR,Quarter Master serta  pihak yang terlibat secara lansung atau tidak lansung.

Tahniah juga diucapkan kepada pasukan hoki perempuan bawah 18 tahun kerana telah mendapat tempat ke tiga .Semoga dengan kejayaan ini akan memberi semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk terus mengharumkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.






Pemain-pemain dari SMK Abd Jalil sedang diperkenalkan oleh
kapten pasukan

Perlawanan akhir (L) antara SMAPK dengan SMK Abd Jalil

 Tahniah kepada pasukan sekolah....




Tahniah!Pasukan Hoki SMKJR (P) bawah 18 tahun
Tempat Ke -3 Daerah Hulu Langat


Team Paramedic SMKJR

Pasukan Hoki SMKJR (L) bawah 18 tahun

Jurulatih En.Salmi Zakaria sedang memberi taklimat kepada pemain



Keputusan akhir perlawanan Pasukan (L) bawah 18 tahun Johan ialah SMK Abd Jalil dan naib Johan ialah SMAPK.Manakala pasukan (P) bawah 18 tahun Johan ialah SMAPK dan naib johan ialah SMK Abd Jalil.

Kem Bomba Daerah Hulu Langat 2013





Sabtu 09 Mac 2013 - Pada 01 - 03 Mac 2013 yang lalu SMK Jalan Reko telah menjadi pengelola Kem Bomba Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat bertempat di Balai Bomba ,Bandar Baru Bangi. Kerjasama antara PPD Hulu Langat dan Pasukan Bomba Bangi ini telah menyatukan beberapa buah sekolah di Daerah Hulu Langat. Pendaftaran bermula pada jam 3.30 petang - 5.30 petang(1 Mac) dan seterusnya peserta-peserta melakukan aktiviti mengikut jadual yang telah disediakan oleh pihak bomba.

Antara aktiviti yang diadakan ialah kawad, malam kebudayaan, taklimat dari pihak bomba dan beberapa aktiviti yang melibatkan kerjaya pasukan bomba. Ini adalah bertujuan untuk melatih pelajar dari segi ketahanan mental dan fizikal juga menanamkan semangat kerjasama berpasukan. 

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua Ajk (guru) yang terlibat secara lansung dan tidak lansung sepanjang kem ini dijalankan. Jutaan terima kasih kepada PPD Hulu Langat,Jabatan Bomba ,Bandar Baru Bangi dan semua guru pengiring dan peserta  yang terlibat.

Majlis penutup Kem Bomba

Bacaan doa oleh peserta kem

Majlis penutup


Aktiviti kawad

Aktiviti membawa 'hose' seberat 30 kg

Antara kumpulan yang membuat persembahan
di malam kebudayaan

Pengetua SMKJR Pn.Zaitun bt Ibrahim sedang menanda tangan
buku VIP

Nyanyian lagu rasmi




Petugas fotografi SMKJR

Peserta yang berjaya ..tahniah!

Ajk yang bertugas ..terima kasih!







AJK pendaftaran

Wakil dari PPD Hulu Langat,En.Abd Razak




Thursday, March 7, 2013