Wednesday, October 10, 2012
Thursday, October 4, 2012
Majlis Anugerah Tokoh Nilam 2012
Jumaat (28 September 2012) - SMK Jalan Reko telah mengadakan Majlis Anugerah Tokoh Nilam . Nilam(Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah. Matlamatnya ialah untuk membina tabiat mebaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar. Manakala, objektifnya ialah mengalakkan pelajar sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
| Farhanah bt Sifor Adzlan -5SC Tokoh Nilam 2012 Jumlah bacaan buku - 450 buah |
![]() |
| Jannatun Naimah bt Amir-5SC Tokoh Nilam 2012 Jumlah bacaan buku - 687 buah |
Wednesday, October 3, 2012
Perhimpunan Bersama Pengetua Baru
PERHIMPUNAN MINGGUAN BERSAMA PENGETUA BARU
PUAN ZAITUN BT IBRAHIM PADA 24 SEPTEMBER 2012 (ISNIN)
Majlis perhimpunan pagi itu telah dipengerusikan oleh
Saudari Fatin Nur Afiqa bt Yazid (Ahli Majlis Tertinggi Badan Pengawas)
Ucapan aluan pertama Pengetua di perhimpunan pagi
Ikrar rakyat Malaysia dan ikrar pelajar diketuai oleh Ketua Pengawas
Taklimat guru sesi pagi di Bilik Wawasan selepas perhimpunan rasmi
Penyampaian hadiah kepada guru serta kelas yang mendapat kutipan
terbanyak sumbangan 'Malam Sejuta Harapan' 2012
Selamat Datang Puan Zaitun bt Ibrahim (Pengetua)
Pada 20 September (Khamis) , ketibaan pengetua baru SMK Jalan Reko iaitu Pn. Zaitun binti Ibrahim disambut oleh semua penolong kanan pada jam 8:00 pagi.Beliau menerima sejambak bunga daripada pihak sekolah sebagai tanda penghargaan. Beliau juga disambut oleh pelajar tingkatan 6 bawah dan sekali lagi beliau mendapat sejambak bunga beserta sekotak cokelat. Seterusnya, beliau dibawa berjumpa dengan guru-guru dan staf sokongan.Selesai berjumpa dengan guru-guru dan staf sokongan,lalu beliau dibawa ke pejabat beliau dan telah diadakan sesi taklimat bersama semua penolong kanan.
Pihak sekolah berharap dengan adanya pengetua baru, SMK Jalan Reko akan terus maju dan lebih menyinar.Semoga Pn. Zaitun binti Ibrahim dapat melaksanankan tugas dengan berwibawa serta dapat meneruskan impian Allahyarhaman Pn. Rosny binti Osman . Reko Mara Reko Jaya .Sekian Terima Kasih.
Menerima jambangan bunga dari pihak sekolah
Pengetua dibawa menuju ke Dataran Wawasan
Disambut mesra oleh Pn.Che Normalis(PK)dan Pn.Shehidah(PK HEM)
Gembira dan bangga melihat perubahan di SMK Jalan Reko
Pengetua diiringi semua Penolong Kanan ke pejabat sekolah
Pengawas (Ahli Majlis Tertinggi ) turut menyambut
ketibaan Puan Pengetua
Lambaian pertama kepada guru-guru
Bertemu sahabat lama....
Menandatangani buku pelawat
Taklimat Penolong Kanan bersama Pengetua
Subscribe to:
Posts (Atom)












