Friday, April 27, 2012

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah 2012

Pertandingan Kawad Kaki peringkat sekolah 2012 telah diadakan pada 13/4/2012 (Jumaat) bertempat di dataran Wawasan SMKJR. Sebanyak 5 unit badan uniform sekolah telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tgh. Hakim terdiri daripada guru-guru unit beruniform telah mengadili pertandingan dan terbahagi kepada beberapa kategori untuk markah pasukan yang bertanding. Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran YDP PIBG Tn.Abd Rahman b Ajam. Terima kasih kepada semua guru dan pelajar sesi pagi dan sesi petang yang terlibat secara lansung dalam pertandingan ini. Smoga semangat dan kreativiti berpasukan ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang. 


Juruacara Pn.Dalilah dan Pn.Roshidah

Antara hadiah-hadiah pertandingan



































Formasi dari unit beruniform yang bertanding pada hari tersebut





 Tahniah kepada pasukan pengakap kerana berjaya  memenangi tempat pertama
 Pasukan bomba ditempat yang kedua - Tahniah!


KRS ditempat yang ketiga - Tahniah!



Para hakim dan guru unit beruniform sekolah

Ucapan perasmian daripada Pn.Che Normalis bt Alias (Penolong Kanan)




Penyampaian cenderahati kepada para hakim pertandingan


Tahniah kepada pasukan yang berjaya


Tetamu jemputan YDP PIBG 


Friday, April 20, 2012

AL-FATIHAH

Dengan penuh rasa rendah hati dan dukacita, seluruh warga SMK Jalan Reko mengucapkan takziah kelapada keluarga Allahyarhamah Pn.Rosny bt Osman, Pengetua SMKJR yang telah kembali ke rahmatullah pada 17hb April 2012 ,9.10 malam di Hospital Selayang,Selangor. Bersama-samalah kita berdoa semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan dirahmat Allah SWT.Al-Fatihah....


04.11.1955 - 17.04.2012

AL - FATIHAH

Friday, April 6, 2012

Perasmian English Week 2012


07 April 2012 Jumaat - English Week 2012 telah dilancarkan pada 06 April 2012 di Dataran Wawasan yang telah dirasmikan oleh Penolong Kanan ,Pn.Che Normalis bt Alias. English Week 2012 adalah antara aktiviti Panitia Bahasa Inggeris yang diketuai oleh Pn.Bemalapathy selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris. Persembahan lakonan spontan terdiri dari pelajar Persatuan Bahasa Inggeris menceriakan lagi persembahan pada pagi itu. Pelbagai aktiviti akan diadakan sempena English Week seperti Crossword Puzzle,Singing Competition,Word Search,Spelling Bee,Word Snag, Poem Reciting Competition, Scabble,Idioms dan Public Speaking.

Learn English, Love English

Ucapan perasmian oleh Penolong Kanan

Cenderahati disampaikan oleh Ketua Bidang Bahasa Pn.Wan Shafini kepada Penolong Kanan ,Pn.Che Normalis bt Alias


Persembahan dari ahli-ahli Persatuan Bahasa Inggeris


KEJOHANAN OLAHRAGA PADANG DAN BALAPAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH HULU LANGAT 2012

06 April 2012 Jumaat - Kejohanan Olahraga Padang dan Balapan Pendidikan Khas Daerah Hulu Langat telah berlangsung pada 27 Mac hingga 28 Mac 2012 yang lalu. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat iaitu Tuan Hj Mohd Mahmudi bin Bakri . PPKI SMK Jalan Reko juga ingin merakamkan ucapan terima kasih diatas kesudian Penolong Kanan , Puan Che Normalis bt Alias dan Penolong Kanan Ko-kurikulum, Puan Noorlaili bt Mahmud yang turut sama hadir memeriahkan majlis tersebut. Seramai 18 orang murid telah menyertai kejohanan tersebut, manakala guru-guru PPKI telah ditugaskan sebagai Jawatankuasa Hadiah dan Pegawai Kejohanan. Murid-murid yang tidak terlibat hadir untuk memberikan sokongan kepada wakil sekolah.

PPKI SMK Jalan Reko telah berjaya meraih 6 pingat emas, 5 pingat perak dan 5 pingat gangsa dari kesemua acara yang telah dipertandingkan. Anugerah tertinggi yang dicapai oleh sekolah kita pada tahun ini ialah Olahragawati Pendidikan Khas Daerah Hulu Langat Tahun 2012, Atlet Terbaik bagi kategori Perempuan Senior dan Atlet Terbaik Lelaki Junior. Segulung ucapan tahniah untuk murid-murid yang telah berjaya menunjukkan komitmen yang baik dan juga guru-guru yang gigih melatih mereka.










Tahniah kepada para pemenang!!


Sunday, April 1, 2012

Praktikal Tawaf Haji Dan Umrah 2012


01 April 2012 - Pada 23 Mac yang lalu Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan satu aktiviti iaitu "Praktikal Tawaf Haji Dan Umrah" dengan kerjasama Tabung Haji. Aktiviti ini melibatkan semua guru dan pelajar SMK Jalan Reko yang telah diadakan di Dataran Wawasan bermula dari pukul 8.00 - 10.20 pagi. Tujuan utama diadakan program ini adalah untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada pelajar-pelajar serta menimba pengalaman sebenar dan bagi memberi impak yang positif dalam kehidupan seharian. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak tabung Haji yang sudi hadir pada hari tersebut.











Penyampaian cenderahati dari pihak sekolah telah disampaikan oleh En.Ahmad b Abdullah kepada kaki tangan Tabung Haji.