Monday, July 18, 2011

Tahniah!

Pertandingan Penulisan Kreatif Bahasa Cina Peringkat Kebangsaan
Kategori Cerpen


Chong Cai Wen (5 Sc1)

Seluruh warga SMKJR mengucapkan sekalung tahniah
di atas kemenangan yang anda perolehi.

Saturday, July 9, 2011

Majlis Serangkai Budi,Seribu Kenangan

Pn.Lalitha a/p Gopalsamy dan Pn.Rugayah Hanim bt Hashim

Selamat Bersara Srikandi Reko!!

Majlis Serangkai Budi Seribu Kenangan telah berlansung dengan lancar dan meriah bagi meraikan kedua-dua guru srikandi SMKJR yang bersara pada 08 Julai (Jumaat) yang lalu.Majlis ini bermula seawal pagi dengan dimulai dengan perarakan Pn.Lalitha dan Pn.Rugayah hanim ke Dataran Wawasan sambil dinanti oleh para guru dan pelajar. Bacaan doa oleh ustaz Mustafa telah memulakan tirai majlis, seterusnya nyanyian lagu-lagu rasmi sekolah oleh semua warga sekolah.

Majlis diteruskan dengan ucapan dari wakil pelajar iaitu saudara Azri b. Abdullah,Pn.Salawati bt Badron mewakili guru-guru dan kakitangan SMKJR dan ucapan dari Pengetua, Pn.Rosny bt Osman. Diikuti oleh ucapan perpisahan dari Pn.lalitha dan Pn.Rugayah Hanim yang penuh dengan kata-kata semangat kepada para pelajar dan guru.

Persembahan bermula pada jam 8.30 pagi dengan pelbagai acara dari para guru serta pelajar-pelajar pelbagai unit dan tingkatan.Cuaca pada hari itu amat baik seakan-akan merestui perjalanan majlis yang penuh bermakna ini.Kepada para guru serta pelajar yang terlibat dalam majlis ini, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala sumbangan tenaga dan penat lelah sepanjang menjayakan majlis ini.Tidak lupa ucapan penghargaan kepada Pengetua dan semua barisan pentadbir SMKJR yang banyak memberi idea dan kerjasama. Semoga ianya akan berterusan pada masa akan datang.

Kepada Pn.Lalitha dan Pn.Rugayah Hanim, kami warga SMKJR mengucapkan dan mendoakan semoga anda berdua berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian bersama keluarga tercinta. Kami akan sentiasa mengingati jasa bakti anda selama anda berkhidmat di SMKJR.Sayonara.....rindu kami...sila-silalah datang ke SMKJR.





Latihan Kebakaran -Sesi Petang

Latihan Kebakaran kali Pertama 2011 Untuk Pelajar-pelajar Sesi Petang

Sabtu 09 Julai 2011 - Loceng amaran kebakaran telah dibunyikan tepat jam 5.45 petang,Khamis 30 Jun 2011 lalu. Semua pelajar,guru dan kaki tangan sekolah telah keluar dari bangunan menuju ke tempat berkumpul ketika kecemasan iaitu di padang sekolah berhadapan blok A hanya memakan masa 4.5 minit sahaja para pelajar dan guru telah mengikut laluan yang telah diarahkan. Latihan ini berjalan lancar dan para pelajar telah diberi taklimat ringkas mengenai kebakaran oleh E.Awi b Awang. Sesi latihan tamat jam 6.20 petang.

Gambar diambil semasa latihan kebakaran






Karnival Larian 2011


Sabtu 09 Julai 2011 - Karnival Larian 1 Murid,1 Sukan,1 Malaysia telah diadakan di SMK Jalan Reko pada jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari pada 02 Julai 2011 (sabtu) yang lalu. Karnival Larian ini diadakan sempena pelancaran Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S) yang dirasmikan oleh Menteri pendidikan Malaysia - Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin pada 02 Julai 2011.

Pada tepat jam 7.15 pagi semua pelajar berkumpul di Dataran Wawasan(sesi pagi) dan Gelanggang Serbaguna(sesi petang) untuk diambil kedatangan. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Mustafa diikuti dengan acara senamrobik bersama guru dan pelajar-pelajar. Larian bermula pada jam 7.45 pagi menikut kategori setiap pelajar, guru dan ibu bapa serta pelajar PPKI.Acara diteruskan dengan pertandingan sepak raga,pertandingan kabadi,pertandingan batu seremban dan pameran kesihatan untuk warga SMK Jalan Reko.



Album Karnival Larian 2011

Kesemua acara selesai pada jam 11.00 pagi. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengetua ,Pn.Rosny bt Osman. Hadiah berupa plag serta sijil penyertaan telah diberikan kepada pemenang-pemenang. Majlis bersurai pada pukul 12.30 tengah hari.

Friday, July 1, 2011

Hari Bicara Akademik 2011

JUMAAT 01 Julai 2011 - Hari Bicara Akademik telah berjalan dengan lancar pada hari ini. Bermula pada jam 10.00 pagi ibu bapa telah hadir ke sekolah bagi mengambil dan berjumpa dengan guru tingkatan anak-anak mereka.



Ibu bapa sedang mennuggu giliran untuk bertemu dengan guru anak-anak mereka.



Ibu bapa dan pelajar bertemu dan berbincang dengan guru tingkatan mereka.




Ibu bapa pulang bersama anak-anak setelah selesai mengambil slip peperiksaan.