Tuesday, May 3, 2011

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Tingkatan 3

Tingkatan 4


Tingkatan 5



Unit Peperiksaan
SMKJR/2011

Makluman 3

PEMBERITAHUAN HARI PERSEKOLAHAN PADA 07/05/2011 (SABTU)

Semua pelajar sesi petang dikehendaki hadir sebelah pagi.
Bermula pada jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Harap maklum

Pengetua

Saturday, April 30, 2011

Majlis Penutup Minggu Pusat Sumber 2011


Sabtu 30 April 2011 - Majlis Penutup Minggu Pusat Sumber telah diadakan pada 29 April 2011 (Jumaat) berlansung di Dewan Lestari SMKJR.Walau pun hujan pada pagi itu majlis dapat dijalankan dengan lancar yang telah dihadiri oleh Pengetua,guru-guru dan pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 4. Majlis dimulai dengan bacaan doa,ucapan pengetua dan penyampaian hadiah kepada para pemenang minggu pusat sumber.Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan ke semua pelajar yang telah menyertai aktiviti pusat sumber.Majlis diakhiri dengan persembahan pemenang pidato tempat pertama.

Ucapan penutupan minggu pusat sumber daripada Pengetua.

Pemenang-pemenang menerima hadiah yang disampaikan oleh pengetua.
Tahniah diucapkan.

Pn.Dalilah bt Ahmad Fauzi (Penyelaras Pusat Sumber) menerima cenderahati dari Pengetua

Persembahan pemenang pidato anjuran Pusat Sumber.

Wednesday, April 27, 2011

Pertandingan Pelancaran Roket 2011

Rabu 27 April 2011 - Pertandingan Pelancaran Roket yang telah berlansung pada 24 dan 25 Mac 2011 yang lalu bertempat di padang sekolah. Pertandingan diadakan pada pukul 3.00 hingga 5.00 petang telah disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5. Pertandingan ini adalah anjuran Persatuan Sains dibawah pimpinan Pn.Sharifah Fauziah bt Syed Basri. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan pada perhimpunan minggu ke 15 (25 April 2011-Isnin).Hadiah telah disampaikan oleh Pengetua Pn.Rosny bt Osman.Tahniah kepada Persatuan Sains dan juga para pemenang.

Keputusan Pertandingan Acara Paracut.

1. The Black Hawk
Mohd Amirul Hafizhat (5Sc1)
Izzaidi b Kosno (5Sc1)

2. The Other guys
Muhammad Aiman (4Sc)
Muhammad Yasir (4TV2)

3. Newton 2011
Muhammad Nazmi (5Sc2)
Muhammad Faizal (5Sc2)

4. Cheezy Mars
Nurul Fathiha (5Sc1)
Nursyahierra (5Sc2)

Acara Roket Tercantik

1. The Other Guys
Muhammad Aiman (4Sc)
Muhammad Yasir (4TV2)

2. The Teen Top
Muizzuddin b Othman (5TV1)
Mohd Adib Adam (5TV1)

3. Sepoi-sepoi Bahasa
Izzul Faqilah (5Sc1)
Sharifah Alia (5Sc1)

4. Cheezy Mars
Nurul Fathiha (5Sc1)
Nursyahierra (5Sc2)








Monday, April 25, 2011

Majlis Serangkai Budi Seribu Kenangan


Isnin 25 April 2011 - Majlis Persaraan Pn Kalthum bt Abbas , Ketua Bidang Teknik & Vokasional telah diadakan pada 22 April 2011 bertempat di SMK Jalan Reko, Kajang. Beliau mula berkhidmat mulai 20.9.1980 sehingga 1985 sebagai guru ekonomi di Pusat Matrikulasi UKM. T.1986 hingga 1989 beliau bercuti mengikuti suami ke United Kingdom. Sekembalinya beliau bertugas semula di Pusat Matrikulasi sehingga 1995 sebelum bertugas sebagai guru di SMK Jalan Reko sehingga bersara . Semua warga sekolah ini mengucapkan terima kasih menghargai jasa dan sumbangan yang telah ditaburkan terutama kepada pelajar-pelajar sekolah ini.
Majlis ini dimulakan jam 7.45 pagi dengan bacaan doa dan diikuti dengan nyanyian lagu Kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah. Kemudian diteruskan pula dengan ucapan daripada Ketua Pelajar, Pengerusi Kelab Guru, Pengetua dan yang diraikan. Majlis yang diadakan penuh simbolik itu dihiasi dengan pemberian cenderamata daripada Ketua Pelajar, Unit-unit khas , Kelab Guru, PIBG, Ketua Bidang, Ahli Mesyuarat Pengurusan dan Pengetua. Selepas itu, upacara memotong kek Hari Lahir sebagai simbolik berakhirnya perkhidmatan yang dirai.
Majlis disambung pula dengan persembahan para pelajar dan guru-guru di Dewan Lestari, setelah jamuan makan yang diadakan di Bilik Katering. Majlis diakhiri dengan bersalaman dengan semua warga sekolah setelah merekod waktu balik buat kali terakhir. Beliau diarak masuk kenderaan sambil melambai lambaian terakhir kepada semua.
“ Jasamu tetap akan dikenang sepanjang hayat”.