Saturday, April 16, 2011

SYABAS & TAHNIAH!!

PENGETUA CEMERLANG DG 54

PN. ROSNY BINTI OSMAN DG 54

Pengetua Cemerlang

Khas untuk Penyandang(KUP)

Sabtu 16 April 2011 - Kami, warga SMK Jalan Reko, ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Pengetua, Pn. Rosny bt. Osman atas kenaikan pangkat beliau sebagai Pengetua Cemerlang DG 54 pada Khamis 14 April 2011 di Jabatan Pelajaran Selangor. Kami turut berbangga atas kenaikan pangkat beliau dan diharapkan beliau akan terus memimpin dan memacu jentera pentadbiran dan pengurusan sekolah untuk mencapai visi sekolah iaitu Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.

“Pengetua cemerlang bermula dengan guru terbaik”






Wednesday, April 13, 2011

Penghargaan Untuk Guru Dan Kelas


Rabu 13 April 2011 - Dalam keghairahan mahu melihat kemenjadian murid , pihak pengurusan sekolah tidak melupai usaha para guru tingkatan yang dapat selesai menyutip bayaran yuran sekolah ( Bayaran Tambahan ) daripada murid bawah seliaan kelasnya. Kepimpinan melalui tauladan. Sehubungan dengan itu mereka yang berusaha gigih telah menerima cenderahati yang disampaikan oleh Pn. Rosny bt. Osman, Pengetua SMK Jalan Reko pada pagi perhimpunan rasmi 11 April 2011.

Berikut adalah senarai penerima penghargaan ( guru dan murid):

1 Pn. Rohani bt. Mat Nor Tingkatan 5TV2
2 Pn Zamrina bt. Mahmud Tingkatan 4KE3
3 Pn. Amalina bt. Mohamed Tingkatan 2KM2
4 En. Ho Kok Yoke Tingkatan 1KM2

Terima kasih kerana menyegerakan bayaran yuran.



Saturday, April 9, 2011

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Kali Ke 17

Sabtu 09 April 2011 - Majlis Anugerah Kecemerlangan ini berlansung pada 02 April 2011 (Sabtu) di Dewan Lestari SMKJR bermula jam 7.00 hingga 11.00 pagi. Pendaftaran penerima anugerah bersama ibubapa bermula seawal 7.30 pagi. Ketibaan VIP bermula jam 8.45 pagi dan majlis diteruskan dengan ketibaan YDP PIBG , Y.Bhg En.Abdul Rahman b Ajam.Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mustafa b Mohd Isa dan seterusnya nyanyian lagu rasmi sekolah. Pengetua memulakan ucapan aluan dan seterusnya ucapan perasmian oleh YDP PIBG. Seterusnya diikuti dengan persembahan Kumpulan Alat Muzik oleh pelajar-pelajar SMK Jalan Reko. majlis bagi sesi pertama dimulakan dengan anugerah pelajar cemerlang PPKI,Tingkatan 1,2, 4 dan 6 Rendah. Kumpulan Koir yang dipimpin oleh Pn.Fatini Diana bt Othman pula meneruskan acara dengan lagu-lagu medley iaitu Suriram dan Can mali can. Majlis diteruskan dengan sesi kedua penganugerahan bagi pelajar PMR, SPM dan STPM. Majlis selesai pada jam 10.45 pagi. Terima kasih diucapkan kepada Pengetua, PIBG,Ibubapa guru-guru dan para pelajar yang hadir dan bertungkus lumus menjayakan majlis ini sehingga selesai.


Wednesday, April 6, 2011

MAJLIS PENGHARGAAN PANITIA YANG MENUNJUKKAN PENINGKATAN DALAM SPM 2010

Ahad 3 April 2011 - SMK Jalan Reko telah mengadakan perhimpunan rasmi pagi 29 Mac 2011 ( Isnin ). Antara agenda pada pagi itu adalah pemberian sijil penghargaan kepada setiap panitia yang mencapai keputusan 100 % SPM T.2010 dan yang menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2009. Diharapkan penghargaan ini akan memberi dorongan setiap guru untuk meninggikan semangat persaingan kalangan pelajar dan guru-guru. Sijil telah disampaikan oleh Pn. Rosny bt. Osman, Pengetua SMK Jalan Reko. Tahniah !


Majlis Penghargaan & Penyampaian Sijil Kepada Panitia Mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan berlansung pada perhimpunan rasmi sekolah minggu ke 10 yang lalu.