Wednesday, March 9, 2011

Majlis Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Sabtu 5 Mac 2011 - SMK Jalan Reko telah mengadakan sambutan Hari Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada 4.3.2001 (Jumaat). Majlis anjuran panitia Pendidikan Islam yang bermula pada jam 7.30 pagi melibatkan semua warga sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, seterusnya selawat serta bacaan al-quran dan hafazan ayat al-quran. Majlis diakhiri dengan ceramah daripada Tn.Hj. Ismail bin Hashim , Penolong Pengarah Unit Pendidikan Islam dan Moral ,Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia pada jam 9.00 pagi. Cenderahati kepada penceramah telah disampaikan oleh Pn. Rosny bt. Osman, Pengetua sekolah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada beliau.






Sunday, March 6, 2011

Friday, March 4, 2011

Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Hulu Langat


Revathy a/p Govindasamy - 3KM3
800 meter - Pingat Emas

Farah Adlina bt Mohd Yazah - 2SP1
Lompat Kijang - Pingat Perak

Tuesday, March 1, 2011

Minggu Kempen Antirokok dan Dadah Peringkat Sekolah


Selasa 1 Mac 2011 - Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Program Antirokok dan Dadah pada 28 Februari 2011( Isnin ). Program itu telah dilancarkan oleh Pn. Rosny bt. Osman, Pengetua SMK Jalan Reko, Kajang selepas perhimpunan pagi rasmi sekolah. Program ini dilaksanakan bermula 28 Februari hingga 4 Mac 2011 bertepatan dengan Pekeliling Ikhtisas Bil 5/1997 yang menyatakan sekolah sebagai kawasan larangan merokok. Di antara program yang dijalankan sepanjang kempen ini ialah pameran, kuiz dan Program Cuma Lima Minit Anti Dadah.
Jadi diharapkan program yang disediakan ini dapat memberi kesedaran pelajar sekolah supaya tidak terlibat atau pun bebas dari gejala yang tidak sehat dan memberi manfaat yang baik dan positif dalam melahirkan pelajar yang bertanggungjawab, bermoral dan berakhlak mulia.



Tuesday, February 22, 2011

Majlis Pembugaran Nilam 2011


SELASA 22 Februari 2011 - Majlis Pembugaran Nilam berlansung pada 18hb Februari (Jumaat) bermula jam 7.30 pagi yang telah dirasmikan oleh Pengetua Pn.Rosny bt Osman. Majlis ini adalah anjuran Pusat Sumber Sekolah di bawah kelolaan Pn.Dalilah bt Ahmad Fauzi.Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah.Pada majlis ini juga telah berlansung majlis penganugerahan tokoh nilam serta para pemenang anugerah nilam 2010.Tokoh nilam pada tahun 2010 telah memenangi sebuah basikal sumbangan PIBG SMKJR dan pemenang kedua telah memenangi satu unit portable hardisk 500Gb.Tahniah diucapkan kepada para pemenang.Diharap menjadi pendorong kepada pelajar-pelajar pada tahun 2011 untuk menjadi antara pemenang tokoh nilam.