Monday, February 7, 2011

Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke 17


Ahad 6 Februari 2011 - Mesyuarat Agung PIBG merupakan upacara kemuncak tahunan bagi ahli PIBG dan warga sekolah . Oleh itu pada 29 Januari 2011 Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Kajang telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17 pada 29 Januari 2011, bertempat di Dewan Lestari SMKJR. Majlis tersebut yang bermula pada jam 8.30 pagi telah dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan pembukaan oleh Yang Dipertua PIBG, Dr.Tuan Suhaimi bin salleh.
Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir kerana ini menunjukkan bahawa para ibu bapa prihatin dengan perkembangan sekolah dan anak-anak mereka yang belajar di SMK Jalan Reko. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pengetua, Pn. Rosny bt. Osman yang menerangkan serba-sedikit tentang program-program yang dijalankan, pengukuran pencapaian murid di SMK Jalan reko, dan kepentingan ibu-bapa memastikan agar anak masing-masing menghadiri program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan seterunya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG 2011
Majlis kemudiannya disambung dengan sesi Mesyuarat Agung yang dimulakan dengan pembentangan minit mesyuarat yang lalu oleh Setiausaha PIBG, Pn. Rohaniah bt. Kassim. Rekod kewangan pula telah dibentangkan oleh Bendahari PIBG, Pn. Anita bt Sabudin. Pembahasan usul-usul yang dibangkitkan oleh ahli-ahli jawatankuasa PIBG dan para ibu-bapa akan dibawa untuk perbincangan oleh jawatankuasa yang dilantik. Lantikan jawatankuasa baru PIBG telah dijalankan dengan lancer dan dikendalikan oleh En.Izwan b. Abdul Latiff, pengerusi sementara. Majlis telah berakhir pada jam 11.30 pagi.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Jalan Reko mengucapkan rasa penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agong pada kali ini , dan mengharapkan komitmen yang terbaik daripada semua pihak dalam menjayakan agenda PIBG dan sekolah untuk tahun 2011









Pendaftaran ibubapa bermula jam 7.30 pagi di hadapan Dewan Lestari.


Ucapan daripada Pengetua Pn.Rosny bt Osman.



Ajk PIBG mewakili (ibubapa)sesi 2010 menerima sijil penghargaan daripada Puan Pengetua.





Ajk mewakili guru-guru menerima sijil penghargaan daripada Puan Pengetua




Suasana semasa mesyuarat berlansung.

Tuesday, February 1, 2011

Sesi Temuduga & Ujian Diagnostik Pelajar PPKI 2011

ISNIN 7Januari 2011 – Pendaftaran murid baru PPKI telah diadakan pada 3 Januari 2011. Seramai 13 orang murid telah mendaftar.Mereka terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan.Sehubungan itu, sesi temuduga dan ujian diagnostik telah diadakan pada 04 hingga 06 Januari 2011 (Selasa hingga Khamis) bagi menguji tahap kebolehupayaan perkembangan asas dari aspek bahasa dan komunikasi, tingkah laku, pengurusan diri, koordinasi motor kasar dan pengamatan serta koordinasi motor halus dan pengamatan murid. Pengujian asas ini adalah bertujuan untuk membantu program menempatkan murid pada tahap yang bersesuaian dengan kebolehupayaan dan potensi mereka.Pelaporan hasil ujian diagnostik murid-murid oleh Pn. Yap Eit Moy (Penolong kanan Pendidikan Khas) pada Hari Bertemu Pelanggan, 7 Januari 2011 (Jumaat).Turut dibentangkan adalah halatuju program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Jalan Reko kepada semua ibubapa yang hadir.Ini bertujuan supaya warga baru PPKI faham, bersifat proaktif dalam memberi sokongan yang jitu bagi menjayakan misi dan merealisasikan visi program.



Ujian diagnostik 1 :Pengurusan diri


Ujian Diagnostik 3: Pengamatan motor halus dan pengamatan

Ujian Diagnostik 2: Pengamatan motor kasar dan pengamatan

Ujian Diagnostik 4: Ujian tahap penguasaan Bahasa Melayu

Ujian Diagnostik 5: Ujian tahap penguasaan Matematik



Hari Bertemu Pelanggan: Pn. Yap Eit Moy membentangkan laporan ujian diagnostik dan penempatan murid baru PPKI sesi 2011 kepada ibubapa. Turut dibentang ialah halatuju program PPKI SMK JalanReko.

Friday, January 28, 2011

Larian Kecergasan 2011



JUMAAT 28 JANUARI 2011 - Larian Kecergasan telah diadakan pada 28 Januari 2011 (Khamis) bertempat di Padang SMKJR bermula pada jam 8.30 pagi.Kesemua pelajar SMKJR telah hadir bagi mewakili rumah sukan masing-masing bagi pertandingan ini.Pertandingan ini bermula dengan bacaan doa yang diketuai oleh ustaz Umar Khalis b Mamat diikuti dengan acara memanaskan badan yang telah diketuai oleh pelajar-pelajar Tingkatan 6. Rumah Suria telah memenangi pertandingan ini dengan mengutip mata tertinggi seterusnya menjadi johan acara keseluruhan.Tahniah diucapkan. Bagi pihak Unit Kokurikulum (Pn.Zaini bt Mohd Noor) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga SMKJR terutama guru-guru,Unit Pertahanan Awam (Kajang),Unit Quater Master dan semua pelajar-pelajar yang telah membantu bagi menjayakan kejohanan ini. Diharap kerjasama ini dapat diteruskan bagi memantapkan lagi organisasi sekolah. Terima kasih daun keladi,tahun depan bantulah lagi!!




Sunday, January 23, 2011

Gotong-royong Perdana Kali 1

Gotong-royong Perdana Kali Pertama 2011


23 Januari 2011(Ahad) - Bagi menyediakan suasana sekolah yang kondusif dalam pembelajaran maka pihak pengurusan sekolah telah melaksanakan aktiviti Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah. Aktiviti tersebut telah berjaya dijalankan pada hari Sabtu, 22 Januari 2011 bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.. Objektif aktiviti ini adalah untuk menerapkan amalan budaya bersih dan selamat selaras dengan hasrat negara untuk melahirkan masyarakat sihat dan selamat. Di samping itu dapat menyemai serta mengamalkan budaya kerja sihat dan sejahtera serta dapat mengukuhkan ikatan ukhwah antara warga sekolah.

Semua murid daripada Tingkatan Peralihan,T.1,2,3, 4,5 dan 6 terlibat. Murid-murid diberi taklimat khas berkaitan aktiviti sebelum dibahagi mengikut kumpulan yang telah ditentukan. Guru-guru kelas mengetuai aktiviti tersebut. Murid-murid kelihatan begitu bersungguh-sungguh membersihkan kawasan kelas dan sekitar kawasan sekolah.Selain daripada menyapu dan mengelap tingkap, ada juga murid yang membersihkan longkang dan mengutip batu kerikil .Setelah berpenat lelah, guru-guru dan murid-murid dijamu dengan roti dan air sirap. Walaupun keletihan, mereka berpuas hati dengan persekitaran sekolah yang kini lebih bersih, cantik dan ceria.

Terima kasih kepada semua guru dan murid yang hadir dan bertungkus-lumus untuk menjayakan aktiviti Gotong-Royong ini. Turut serta dalam program ini ialah Dr.Tuan Suhaimi bin salleh, YDP PIBG sekolah.


"Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringnya ia menitik"