Thursday, January 6, 2011

Taklimat HEM

Taklimat Hal Ehwal Murid - 04 Januari 2011 (Selasa)
oleh : Pn.Sehidah bt Sirajuddin




Monday, January 3, 2011

Perhimpunan Pertama Sesi 2011



SELASA 04 JANUARI 2011 - Perhimpunan Rasmi hari pertama telah dimulakan tepat pada jam 7.30 pagi di Dataran Wawasan. Perhimpunan pagi ini berjalan dengan teratur dan kemas yang telah dikendalikan oleh para pengawas di bawah pimpinan Pn.Sehidah Bt Sirajuddin (PK HEM). Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa,ikrar dan nyanyian lagu-lagu rasmi sekolah.Pengetua memulakan ucapan selamat datang dan ucapan penghargaan kepada saudara Muhammad Syahmi b. Mohd Rahim (5TV4) atas komitmen mantap yang beliau tunjukkan semasa mengetuai arahan kepada setiap warga untuk berbaris. Beliau membuat pengumuman berkenaan pencapaian PMR yang menurun sebanyak 2.76 %
Harapan beliau agar murid Tingkatan 3 tahun 2011 dapat mengubah pencapaian masa akan datang ke arah yang lebih memberansangkan melalui akad kepada guru tingkatan yang mengarah kepada misi sekolah, iaitu membangun potensi murid melalui pendidikan berkualiti.
Pada perhimpunan kali itu juga pengetua menyampaikan sijil penghargaan kepada panitia yang telah berjaya meningkatkan % pencapaian dalam PMR. Perhimpunan diakhiri dengan penyampaian cenderahati dari pengetua dan koperasi sekolah kepada 6 pelajar yang mendapat 8A dalam keputusan PMR. Semoga anugerah ini akan memberi suntikan semangat bagi meneruskan khidmat bakti kecemerlangan kepada semua guru dan pelajar pada masa akan datang .Insyallah....!!

Sunday, January 2, 2011

Pendaftaran Tingkatan 1 & Peralihan Sesi 2011


SABTU 01 JANUARI 2011 - Selamat Datang diucapkan kepada pelajar-pelajar baru Tingkatan 1 dan Peralihan ke SMKJR bagi sesi 2011.Pendaftaran bermula pada jam 8.00 pagi bertempat di Dataran Wawasan SMKJR mengikut kelas-kelas yang telah ditetapkan.Selepas pendaftaran,pelajar-pelajar bersama ibubapa berkumpul di dalam Dewan Lestari SMKJR bagi sesi taklimat yang disampaikan oleh Puan Pengetua dan Guru-guru Kanan bagi menerangkan matlamat,pencapaian,pentadbiran serta serba sedikit tentang latar belakang sekolah. Selepas selesai sahaja sesi taklimat berakhir pelajar-pelajar bergerak ke kelas yang telah ditetapkan bagi sesi 2011 untuk taklimat lebih lanjut daripada guru tingkatan masing-masing. Sesi pendaftaran berjalan lancar dan teratur. Terima kasih kepada semua warga pendidik serta pelajar2 SMKJR yang membantu pada hari tersebut.Semoga dengan kerjasama ini akan menjadikan visi dan misi sekolah kita akan tercapai.Kami warga SMKJR mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru. Semoga anda akan memanafaatkan ilmu yang diperolehi agar menjadi insan berguna suatu hari nanti.




Wednesday, December 29, 2010

Mesyuarat Guru Kali 1 Bagi Sesi 2011


RABU 29 Disember 2010 -Mesyuarat Guru Kali Pertama bagi sesi 2011 telah diadakan di Dewan Lestari SMKJR pada tepat jam 8.30 pagi. Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Puan Rosny bt Osman, Pengetua SMK Jalan Reko. Mesyuarat telah dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mustaffa b. Mohd Isa. Taklimat mengenai pengurusan sekolah bagi sesi 2011 telah berjalan dengan lancar. Semoga perancangan dan strategi pada tahun depan akan lebih menjana potensi pelajar ke arah terbilang sesuai dengan Misi Sekolah iaitu membangunkan potensi individu melalu pendidikan berkualiti. . Pengetua mengharapkan agar setiap guru dapat meningkatkan lagi mutu pengurusan SMK Jalan Reko bagi T.2011 . Pada mesyuarat kali ini juga pihak sekolah telah mengambil kesempatan memberi anugerah kepada guru-guru yang cemerlang dalam kategori penulisan Buku Ringkasan mengajar Cemerlang ,Buku Rekod Kedatangan Pelajar Cemerlang ,guru tanpa cuti, Anugerah Khas dan Anugerah Khidmat Bakti Cemerlang sepanjang Tahun 2010.Tahniah kepada guru-guru yang telah mendapat anugerah tersebut.Semoga anugerah ini akan memberi suntikan semangat bagi meneruskan khidmat bakti cemerlang kepada semua guru pada masa akan datang .Insyallah....!!




Saturday, December 25, 2010

Tahniah Calon PMR 2010

SABTU 25hb Disember 2010 - Pihak pentadbir bersama semua warganya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon PMR yang telah berjaya mencipta kejayaan cemerlang. Diharapkan kejayaan yang dijana akan berterusan pada masa akan datang. Tahniah juga kepada semua guru khususnya guru yang mengajar T.1,2 dan 3 yang telah bersama-sama berjuang. Moga kalian dirahmati Allah. Tidak lupa guru-guru Panitia Bahasa Melayu yang telah meneruskan kecemerlangan pada tahun ini. Syabas !. Belakang parang diasah lagikan tajam.







Senarai nama pelajar mendapat 8A dalam PMR 2010
1 Nik Iffah Hazirah bt. Tuan Suhaimi 3SP1
2 Fatin Atikah Amalina bt. Mohamed Azahar 3KM1
3 Lim Siow Yin 3KM2
4 Yang Nur Amalina bt. Mohd Saad 3KM1
5 Najwa bt. Nordin 3KM1
6 Nurulhusna bt. Khairil Anuar 3KM1