Wednesday, December 29, 2010

Mesyuarat Guru Kali 1 Bagi Sesi 2011


RABU 29 Disember 2010 -Mesyuarat Guru Kali Pertama bagi sesi 2011 telah diadakan di Dewan Lestari SMKJR pada tepat jam 8.30 pagi. Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Puan Rosny bt Osman, Pengetua SMK Jalan Reko. Mesyuarat telah dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mustaffa b. Mohd Isa. Taklimat mengenai pengurusan sekolah bagi sesi 2011 telah berjalan dengan lancar. Semoga perancangan dan strategi pada tahun depan akan lebih menjana potensi pelajar ke arah terbilang sesuai dengan Misi Sekolah iaitu membangunkan potensi individu melalu pendidikan berkualiti. . Pengetua mengharapkan agar setiap guru dapat meningkatkan lagi mutu pengurusan SMK Jalan Reko bagi T.2011 . Pada mesyuarat kali ini juga pihak sekolah telah mengambil kesempatan memberi anugerah kepada guru-guru yang cemerlang dalam kategori penulisan Buku Ringkasan mengajar Cemerlang ,Buku Rekod Kedatangan Pelajar Cemerlang ,guru tanpa cuti, Anugerah Khas dan Anugerah Khidmat Bakti Cemerlang sepanjang Tahun 2010.Tahniah kepada guru-guru yang telah mendapat anugerah tersebut.Semoga anugerah ini akan memberi suntikan semangat bagi meneruskan khidmat bakti cemerlang kepada semua guru pada masa akan datang .Insyallah....!!




Saturday, December 25, 2010

Tahniah Calon PMR 2010

SABTU 25hb Disember 2010 - Pihak pentadbir bersama semua warganya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon PMR yang telah berjaya mencipta kejayaan cemerlang. Diharapkan kejayaan yang dijana akan berterusan pada masa akan datang. Tahniah juga kepada semua guru khususnya guru yang mengajar T.1,2 dan 3 yang telah bersama-sama berjuang. Moga kalian dirahmati Allah. Tidak lupa guru-guru Panitia Bahasa Melayu yang telah meneruskan kecemerlangan pada tahun ini. Syabas !. Belakang parang diasah lagikan tajam.







Senarai nama pelajar mendapat 8A dalam PMR 2010
1 Nik Iffah Hazirah bt. Tuan Suhaimi 3SP1
2 Fatin Atikah Amalina bt. Mohamed Azahar 3KM1
3 Lim Siow Yin 3KM2
4 Yang Nur Amalina bt. Mohd Saad 3KM1
5 Najwa bt. Nordin 3KM1
6 Nurulhusna bt. Khairil Anuar 3KM1



Monday, November 29, 2010

Music Marathon 2010 - Kumpulan Rentak Reko PPKI


SABTU,13 NOVEMBER 2010 - Krista Education Sdn Bhd dengan kerjasama Institute of Diplomacy and Foreign Relations, Ministry of Foreign Affairs telah menganjurkan suatu program Malaysia Book of Records : The Largest Musical Performance by Special Children. Program tesebut adalah julung kali seumpamanya dianjurkan di Malaysia. Matlamat program adalah untuk mewujudkan satu platform untuk kanak-kanak berkeperluan khas menunjukkan bakat mereka; meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kebolehan serta kemampuan murid pendidikan khas dan menyedarkan masyarakat bahawa kecacatan bukanlah penghalang untuk mereka hidup seperti insan normal.
Program Malaysia Book of Records : The largest Musical performance by Special Children, telah diadakan di Auditorium, Insitut Diplomasi Luar Negara, Jalan Wisma Putra, KL pada jam 10 pagi hingga 8 malam. Majlis perasmian diadakan pada jam 11.00 pagi. Dalam program tersebut kumpulan muzik “Rentak Reko” di bawah pimpinan Pn. Ruhibah bt Shafie dan jurulatih dari TwoFR Management, Encik Shahrin H telah diundang khas bagi menjayakan majlis tersebut. Turut hadir sebagai guru pembantu pembimbing ialah Pn. Yap Eit Moy (GPK Pendidikan Khas), Pn. Fauziah bt. Mat, Pn. Hasimah bt Ismail dan Pn. Siti Zawiyah bt Hussin. Pihak sekolah mengucapkan sekalong penghargaan dan tahniah kepada guru-guru dan pelajar yang terlibat. Reko Mara, Reko Jaya.



Tuesday, November 23, 2010

Majlis Graduasi MPV Kali Ke - 3



23 November 2010 (Selasa) - Majlis Graduasi MPV Kali Ke 3 telah diadakan pada 15 November 2010(Isnin) yang lalu bertempat di Bilik MPV Katering Dan Penyajian SMK Jalan Reko bermula jam 8.00 pagi. Majlis ini diadakan adalah bertujuan memberi galakan kepada pelajar MPV dan mampu memupuk perkembangan potensi yang ada dalam diri pelajar selain dihargai oleh pihak sekolah. Turut terlibat ialah pelajar-pelajar MPV seramai 58 orang penerima sijil graduasi pada majlis ini.Majlis turut dihadiri Pengetua,Pn.Rosny bt Osman dan turut merasmikan majlis ini ialah En.Musa b Ismail (Ketua Unit Teknik Dan Vokasional) PPD Hulu Langat. Beliau telah menyampaikan sijil kepada pelajar-pelajar MPV Katering & Panyajian dan MPV Lanskap & Nurseri. Bagi pihak Unit MPV dan sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.Musa b Ismail kerana sudi hadir ke majlis ini serta jutaan terima kasih kepada semua Ajk Kerja Graduasi pada kali ini. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengahari.


Saturday, November 20, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM & STPM

Kepada semua calon-calon SPM dan STPM,Kami warga pendidik dan pelajar-pelajar SMK Jalan Reko mendoakan kejayaan anda semua!!