Wednesday, August 11, 2010

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010

RABU 11 OGOS 2010 - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan penghargaan dan pengiktirafan Kerajaan kepada kakitangannya yang telah memberi mutu perkhidmatan atau kuantiti sumbangan yang melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan anggota berkenaan sebagai contoh dan daya penarik kepada lain-lain anggota untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.

Pada tahun ini, seramai 12 orang warga guru dan staf sokongan telah terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kerana telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2009. Majlis tersebut telah berlangsung pada 10 Ogos 2010 di SM Agama Persekutuan, Kajang. Penerima anugerah terdiri daripada Pn.Wan Shafini bt. Wan Daud, En.Zulhemay bin Mohd Jidin, Pn. Rohana bt. Asha’ari, Pn. Dalilah bt. Ahmad Fauzi, Pn. Nooriza bt. Wahab, En. Ho Kok Yoke, Pn. Vickneasvarie a/p Thambirajah, Pn. Rozihan bt. Abdullah, Pn. Khatijah bt. Samian, Pn. Nurul Ashikin bt. Jauhari, Pn. Hasmah bt. Kamardin dan Pn. Nor Biah bt. Harun. Warga sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada penerima-penerima anugerah . Pengetua amat berharap pengiktirafan yang diberikan ini akan menjadi titik tolak kepada perkhidmatan yang lebih cemerlang lagi pada tahun-tahun hadapan dan seterusnya menjadi pembakar semangat kepada rakan-rakan sekerja yang lain untuk sama-sama menakhodakan kecemerlangan dan berprestasi tinggi dalam warga sekolah.


TAHNIAH!!

Program Kem Kecemerlangan Akademik Pelajar Anak-anak Asnaf Zakat (PZS)


RABU 11 OGOS 2010 - Pada 06 hingga 08 Ogos 2010 yang lalu, telah dijalankan Kem Kecemerlangan Akademik Pelajar Anak-anak Asnaf Zakat (PZS) di Anjung Rahmat ,Gombak Selangor. Program yang berlansung selama 3 hari 2 malam tersebut telah disertai oleh seramai 45 orang peserta dalam kalangan anak-anak Asnaf SMK Jalan Reko,Kajang.
Program ini memberikan fokus terhadap pemantapan akademik 3 mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan Matematik di samping turut memberi penekanan terhadap pembentukan sahsiah dan disiplin diri pelajar.


Tuesday, August 10, 2010

Jadual Peperiksaan Percubaan PMR dan Ujian 2 Tingkatan 4

Selamat Menduduki Peperiksaan Kepada Semua Pelajar SMKJR.Semoga Berjaya!!



Tahniah!!

SELASA 10 OGOS 2010 - Pada perhimpunan rasmi 09 Ogos 2010(Isnin) telah diadakan majlis penyampaian sijil penghargaan kepada Saudara Mohd Syakirin b Zaharuddin kerana telah dianugerahkan Peserta Terbaik Keseluruhan Program Kepimpinan Jati Diri Kementerian Pelajaran Malaysia yang berlansung pada 03hb hingga 05 Ogos yang lalu bertempat di Nur Laman Bestari Eco Resort,Hutan Lipur Sungai Tua,Batu Caves ,Selangor.Program perkhemahan ini disertai seramai 77 orang peserta seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan.Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi fokus bagi membina jati diri dan kepimpinan di kalangan pelajar.Tahniah diucapkan kepada Saudara Mohd Syakirin ,diharap kepimpinan beliau akan dapat dicontohi oleh semua pelajar. Majlis penyampaian sijil penghargaan telah disempurnakan oleh Pn.Rosny bt Osman (Pengetua).




Seterusnya majlis penyampaian Anugerah Pengakap Raja yang telah disampaikan oleh Pn.Rosny bt Osman. Seramai 5 orang ahli pengakap sekolah telah berjaya menerima Lencana Pengakap Raja dan Sijil Pengakap Raja yang telah ditandatangani oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan DYMM Sultan-sultan dalam negara Malaysia.Majlis penganugerahan tersebut telah berlansung pada 07 Ogos 2010 (Sabtu).Pelajar-pelajar ini telah diuji di Kem Temasya Rimba Templer,Rawang Selangor pada 30 April hingga 03 Mei 2010 yang lalu dibawah bimbingan Pn.Zuraida bt Mat Abu.

Pelajar-pelajar yang terlibat ialah:
  1. Suelina bt Sulaiman - 5 Sc 1
  2. Nur Shafika Idayu bt Saifuddin - 5 Ke 2
  3. Siti Nur Nabilah bt Mohd Rosli - 5 Ke 2
  4. Noraini bt Marup - 5 Ke 1
  5. Yusliza bt Yusoff - 5 TV1




TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN,KAMI WARGA SMKJR BANGGA DENGAN ANDA SEMUA!!


Selamat Menyambut Ramadhan Dari Kami Warga SMKJR




Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dari kami warga SMKJR kepada semua muslimin dan muslimat.Semoga segala amalan akan diberkati hendaknya.