SABTU 10 JULAI 2010 - Mesyuarat Guru kali Ke 2 telah dijalankan di Dewan Lestari SMKJR pada jam 8.30 pagi hingga 12.00 tgh dan diikuti sesi bergambar guru-guru untuk Majalah Wawasan Jilid 14/2010. Mesyuarat guru pada kali ini telah dipengerusikan oleh Pengetua, Pn.Rosny bt Osman. Seramai 137 orang guru telah hadir ke mesyuarat pada kali ini. AJK Majalah Wawasan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana telah menberikan kerjasama yang baik semasa sesi fotografi yang telah dijalankan.
Saturday, July 10, 2010
Friday, July 9, 2010
Majlis Sambutan Isra' Mikraj 1431H/2101M
JUMAAT 09 JULAI 2010 - Majlis sambutan Isra' Mikraj peringkat sekolah telah diadakan pada pagi ini tepat jam 7.30 pagi yang telah dihadiri oleh guru-guru dan pelajar-pelajar muslim SMKJR bertempat di Dataran Wawasan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan aluan dari Ustaz Mustafa b Mohd Isa.Tujuan diadakan majlis ini adalah bagi mengingati peristiwa Isra' Mikraj bagi memantapkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT dan memuliakan bulan Rejab sebagai bulan mengampunkan dosa dan melipat gandakan pahala bagi yang beramal.Penceramah jemputan pada kali ini ialah Ustaz Ismail b Hashim,(Penolong Pengarah,Unit Pendidikan Islam,Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia,Putrajaya)telah memberi ceramah Isra' Mikraj kepada warga muslim SMKJR. Semua warga SMKJR mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada ustaz Ismail kerana sudi meluangkan masa bersama-sama hadir pada majlis kali ini.
Tuesday, July 6, 2010
Perhimpunan Rasmi Bersama Pegawai Perhubungan Sekolah
SELASA 06 JULAI 2010 - Isnin (05 Julai 2010)seperti biasa perhimpunan rasmi diadakan tepat jam 7.30 pagi.Pada pagi itu sekolah telah dikunjungi oleh tetamu dari Balai Polis Kajang iaitu Superintendent Tn.Hj Toha b Abdullah-Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang dan Sarjan Renganathan a/l Govindasamy - Ketua Polis Balai,Balai Polis Sg.Tangkas merangkap Pegawai Perhubungan SMKJR.Kehadiran mereka berdua adalah sebagai tanda pemuafakatan dan kesungguhan pihak sekolah bersama anggota polis dalam pembentukan sahsiah pelajar modal insan kelas pertama. Pihak sekolah dan semua warga SMKJR mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian kedua-dua tetamu hadir di majlis perhimpunan rasmi sekolah pada pagi itu.
Friday, July 2, 2010
Hari Bicara Akademik SMK Jalan Reko
JUMAAT 02 JULAI 2010 - Hari Bicara Akademik telah diadakan pada hari ini bertempat di SMKJR bermula pada jam 10.30 hingga 12.30 tengahari bagi sesi pagi dan sesi petang bermula jam 5.00 hingga 6.40 petang. Selamat Datang diucapkan kepada semua ibu bapa yang telah dapat meluangkan masa datang ke SMK Jalan Reko.Matlamat diadakan Hari Bicara Akademik ini adalah bertujuan agar ibubapa dapat mengetahui perkembangan pencapaian anak-anak mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum.Tahniah diucapkan kepada pelajar yang mencapai prestasi cemerlang dalam peperiksaan.Tidak lupa kepada mereka yang kurang berjaya,anda ada masa lagi untuk berusaha dan memperbaiki keputusan dengan belajar bersungguh-sungguh serta memberi perhatian semasa belajar.Terima kasih juga kepada Pengetua,guru-guru,para pengawas dan pelajar-pelajar SMKJR kerana dapat menunjukkan disiplin dan suasana harmoni semasa Hari Bicara Akademik berlansung.
Perasmian Minggu Kerjaya Peringkat Sekolah
Para Kaunselor bergambar kenangan bersama Puan Pengetua.
JUMAAT 02 JULAI 2010 - Pada hari ini berlansung majlis Perasmian Minggu Kerjaya Peringkat Sekolah di bawah kelolaan Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Pengetua SMKJR Pn.Rosny bt Osman. Minggu Kerjaya diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang maklumat pendidikan dan kerjaya bagi persediaan meneroka alam kerjaya pada masa akan datang.Program ini juga memberi semangat kerjaya berpasukan dikalangan ahli-ahli pembimbing rakan sebaya. Antara program yang akan dijalankan sepanjang minggu kerjaya ini ialah pameran pendidikan kerjaya,Buku skrap kerjaya,Teka silang kata,Soduku kerjaya,Teka kerjaya,Top kuiz kerjaya dan Kuiz harian kerjaya yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling.Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu 'Gemuruh'(Nyanyian Faizal Tahir) oleh semua warga SMKJR.
Subscribe to:
Posts (Atom)