Friday, May 14, 2010

Selamat Hari Guru (16 Mei 2010) Buat Warga Pendidik SMKJR & Semua Guru Seluruh Malaysia





Bunga Sirih untuk Guru

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

Selamat Datang Kepada Pelajar Baru Tingkatan 6 Rendah

JUMAAT 14 MEI 2010 - Seramai 49 orang pelajar telah mendaftar ke Tingkatan 6 Rendah di SMKJR pada 10 Mei 2010 (Isnin).Daripada jumlah tersebut, 21 orang pelajar aliran sains dan 28 orang pelajar aliran kemanusiaan. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada lepasan SPM dari SMK Jalan Reko, SMK Bandar Baru Bangi, SMK Jalan 3 dan SMK Jalan 4.Kami Warga SMKJR mengucapkan selamat datang ke SMKJR.Sepanjang program suai kenal selama 5 hari,pelbagai aktiviti yang telah dijalankan.Antaranya taklimat HEM,Kurikulum,Bimbingan Kaunseling,Unit KOKu,Unit Disiplin,Sukaneka dan beberapa acara lain.




Wednesday, May 12, 2010

Kuiz Sains Pertanian Negeri Selangor 2010

RABU 12 MEI 2010 - Seramai 10 orang pelajar dengan diringi oleh 2 orang guru pengiring iaitu Pn.Rohani Mohd Nor dan Pn.Salawati bt Badron telah menyertai satu lawatan ke Jabatan Pertanian Kuala Selangor pada 09 Mei 2010(Ahad). Acara yang diadakan di sana ialah pameran barang-barang pertanian serta teknik menjawab soalan Sains Pertanian dan kuiz telah diadakan disepanjang majlis itu.Peserta dari SMKJR telah mendapat Johan dan Naib Johan dalam pertandingan Kuiz Sains Pertanian Peringkat Negeri Selangor.Tahniah diucapkan kepada Johan: Nur Zahraa bt Zainal dan Naib Johan: Nur Aqilah Amirah bt Amir.Penyampaian sijil penghargaan telah disampaikan oleh Puan pengetua pada perhimpunan khas pagi Rabu 12 Mei 2010.Terima kasih diucapkan kepada Pejabat Pendidikan Kuala Selangor,Jabatan Pertanian ,Kuala Selangor dan Tn.Hj.Kamaruddin (Guru Cemerlang)serta Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Monday, May 10, 2010

Ladap 3

ISNIN 10 MEI 2010 - Kursus yang bertajuk Perancangan Strategik Dalam Organisasi Pendidikan telah diadakan di Dewan Lestari SMKJR pada jam 9.00 hingga 12.30 tgh. Pada kursus kali ini En.Mohd Yasin Bin Hj Buang (Ketua Unit Kualliti) PPDHL telah memberi taklimat mengenai perancangan strategik organisasi dalam sesebuah sekolah.Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan dari kami pihak sekolah kepada beliau kerana sudi meluangkan masa memberi sedikit sebanyak maklumat tentang perancangan strategik.Insyallah kami warga SMKJR akan memenafaatkan apa yang telah kami dapat pada hari tersebut.








Guru-guru sedang mendaftar nama di meja pendaftaran.











Ucapan alu-aluan dari Puan Pengetua.















Encik Mohd Yasin B Hj Buang sedang memberi taklimat kepada guru-guru SMKJR.









Khusyukya mendengar.....!

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR-PELAJAR SMKJR JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 3 ,4 DAN 5.







Jadual Peperiksaan Sesi Petang