Tuesday, January 12, 2010

Gotong-royong Perdana


Gotong Royong Perdana telah diadakan pada 09/01/2010 (Sabtu) pada jam 8.00 hingga 12.30 tgh di persekitaran kawasan dan bilik-bilik khas setiap blok sekolah.Guru-guru, ibubapa dan para pelajar telah hadir memberikan kerjasama dan tenaga dalam menjayakan aktiviti ini.Terimakasih kepada ibubapa ,guru-guru serta pelajar yang telah memberikan kerjasama disepanjang hari tersebut.Tidak lupa juga terimakasih diucapkan kepada MPKJ yang telah memberikan sumbangan dari segi tenaga dan peralatan .Diharap dengan kerjasama dan kesepakatan seperti ini akan menambahkan lagi kecerian ,kebersihan serta kemesraan antara warga SMKJR dengan masyarakat seluruhnya.Dengan motto ‘Kebersihan didahulukan, keceriaan diutamakan ‘ diharap aktiviti seperti ini akan dapat menjadi amalan dan akan diteruskan pada masa-masa yang akan datang.















Pelajar-pelajar sedang menunggu arahan dari guru-guru di tapak perhimpunan sebelum memulakan gotong-royong.




Pelajar-pelajar mula bergerak mengikut kumpulan yang diberikan oleh guru-guru mengikut kawasan-kawasan yang telah ditetapkan.













Puan Pengetua turut membantu menjayakan program gotong-royong bersama para pentadbir yang lain.




















Pelajar-pelajar dan guru-guru sedang sibuk membersihkan kawasan longkang.



































Pelajar-pelajar dan guru-guru bergotong-royong untuk membersihkan kawasan-kawasan di sekitar sekolah.

Tuesday, January 5, 2010

Sesi Persekolahan – Hari Kedua 05/01/2010 (Lanjutan hari pertama)


Perhimpunan ringkas diadakan oleh pengetua pada hari ini adalah ingin memberi ucapan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan PMR 2009.Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya.Dimana peratus keputusan PMR pada tahun 2009 amat membanggakan sekolah dengan pencapaian yang cemerlang.





















Pelajar-pelajar yang berjaya dalam PMR menerima cenderahati
dari pihak sekolah sebagai tanda penghargaan diatas kejayaan mereka.
                                                                                     



Ketua-ketua panitia menerima sijil penghargaan dari pihak sekolah di atas peningkatan peratus setiap matapelajaran.Tahniah diucapkan,diharap pada tahun yang akan datang akan lebih cemerlang.
                                                         


Sesi bergambar pengetua dan pelajar-pelajar cemerlang PMR 2009.Bravo....:)








Sesi persekolahan (Sesi Pagi) – Hari Pertama 04/01/2010 (Isnin)









Selamat kembali anak-anak didik smkjr.Kami guru-guru menunggu penuh kasih sayang........Hari pertama pagi itu hujan turun dengan lebat.Perhimpunan pagi itu agak terganggu sedikit disebabkan dataran wawasan tidak dapat digunakan.Walau bagaimanapun perhimpunan diteruskan di dalam dewan lestari,walaupun agak sempit pelajar-pelajar terpaksa bersesak sedikit.Perhimpunan berjalan lancar. Pengetua memberi sedikit taklimat dan kata-kata semangat kepada para pelajar.


                                                         
Pelajar-pelajar berhimpun di Dewan Lestari walaupun ruang agak terhad tetapi para pelajar memberikan kerjasama yang amat memberangsangkan.




Ketua Pengawas SMKJR sedang mengetuai
bacaaan ikrar diikuti oleh para pelajar.





                                                         
Puan Pengetua memberi ucapan ringkas diikuti dengan sesi pengenalan guru-guru kanan kepada pelajar-pelajar tingkatan 3.





Barisan para pentadbir dan ketua-ketua bidang SMK Jalan Reko.

Pendaftaran Tingkatan 1 Sesi 2010


Selamat datang diucapkan kepada ibubapa dan pelajar-pelajar baru sesi persekolahan 2010.Pada 31/12/2009 (Khamis) jam 7.30 pagi lagi para pentadbir dan guru-guru SMKJR telah bersiap sedia menanti ketibaan ibubapa serta anak-anak yang akan didaftarkan di sekolah SMK Jalan Reko. Dengan wajah yang berseri dan hati yang penuh debaran pelajar-pelajar melangkahkan kaki menuju ke pintu masuk sekolah yang disambut oleh senyuman mesra dari guru-guru SMKJR.Anak-anak...... selamat menempuh alam persekolahan menengah.Semoga menjadi manusia yang berguna suatu masa nanti.










Guru-guru sedang menyambut ketibaan ibu bapa serta pelajar-pelajar baru.






Pengetua sedang memperkenalkan para pentadbir SMKJR dan memberi taklimat tentang pengurusan sekolah,displin pelajar dan yang berkaitan dengan sesi persekolahn 2010.




Penyelia Petang,Encik Zulhelmay Bin Mohd Jidin mengucapkan selamat datang serta memberikan taklimat berkaitan dengan hal ehwal pelajar.



                                                         
Suasana di Dewan Lestari,ibu bapa,guru-guru serta para pelajar baru sedang kusyuk mendengar penerangan yang diberi oleh para pentadbir.



                                                         
Sesi pendaftaran pelajar-pelajar bersama
ibubapa mereka di kelas masing-masing.

Saturday, January 2, 2010

Mesyuarat Guru Kali Pertama 2010

Selamat kembali ke sekolah kepada guru-guru SMK Jalan Reko. Mesyuarat Guru kali pertama telah diadakan pada 21 Disember 2009 (Isnin) jam 8.00 pagi. Taklimat dari Puan Pengetua dan guru-guru kanan bagi memperkasakan lagi pentadbiran dan pengurusan bagi tahun 2010. Semoga apa yang dirancang akan mencapai matlamat ke arah Sekolah Cemerlang menjelang 2013.




Barisan para pentadbir SMKJR pada
mesyuarat guru kali pertama sesi 2010.












Guru-guru sedang mendengar taklimat dari para pentadbir SMKJR.






Puan Pengetua sedang memberi taklimat mengenai pengurusan dan pentadbiran sesi persekolahan 2010.
                                                                                                 


Penyampaian Anugerah Guru Cemerlang 2009(Biologi)Daerah Hulu Langat oleh Puan Pengetua kepada Puan Lee Poh Bee.


Tahniah diucapkan.Diharap ia akan menjadi pendorong kepada guru-guru yang lain.