Saturday, July 30, 2011

SYABAS & TAHNIAH!!

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010


Pn.Lee Poh Bee menerima APC di Jabatan Pelajaran Selangor

Penerima Anugerah Cemerlang bergambar
kenangan bersama pengetua bertempat di Dewan Besar ESSET,Bangi.

Sabtu 31 Julai 2011 - Kami, warga SMK Jalan Reko, ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Pn. Sehidah bt.Sirajudin, Pn. Yap Eit Moy, Pn.Lalitha a/p Gopalsamy, Cik Fatimah bt, Mohd Jani, Pn. Anita bt. Sabudin, Pn. Azizah bt. Ab. Aziz, Pn. Faridah bt. Sengot, Pn. Maznah bt. Omar, Pn. Mazidah Hanim bt. Mustafa, Pn. Fauziah bt. Mat, Pn. Zahrah bt. Sahid dan Pn. Siti Nathrah bt. Mohd Zaimi kerana telah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2010.

Pada masa yang berasingan pula Pn. Lee Poh Bee telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Jabatan Pelajaran Selangor pada 25 Julai 2011 atas kategori DG48.

Kami berbangga dan mengharapkan semoga kecemerlangan yang ditunjukkan oleh mereka dapat diteruskan dan menjadi inspirasi kepada warga sekolah yang lain selari dengan visi sekolah iaitu Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.

Guru Cemerlang Bermula dengan Guru Terbaik
Teruskan Usaha dengan Lebih Kreatif dan Inovatif
Daripada:
Pengetua
SMK Jalan Reko,Kajang

PAMERAN FOTOGRAFI "DARI MATA LENSA" 2011


SABTU 30 JULAI 2011 - Pameran Fotografi yang bertema "Dari Mata Hati"telah berlansung pada 28 Julai 2011 (khamis) di Dewan Lestari SMKJR yang telah dirasmikan oleh Pn.Rosny bt Osman (Pengetua). Pameran kali pertama yang dianjurkan oleh Kelab Fotografi SMKJR dibawah bimbingan Guru Penasihat iaitu Pn.Adibah bt Abdullah dan Cik Fatimah bt Mohd Jani telah berlansung dengan jayanya bermula seawal pagi bagi persiapan untuk pameran. Pameran ini terbuka kepada semua warga SMKJR dibuka dari pukul 9.30 pagi hingga pukul 3.00 petang. Antara Tema foto yang dipamerkan ialah Hitam dan Putih,Panorama,Potret,Bokeh,Flora dan Fauna,Makanan dan Minuman Malaysia,Malaysia Life dan banyak lagi yang dihasilkan sendiri oleh pelajar-pelajar ahli kelab fotografi.

Acara perasmian yang disempurnakan oleh Puan Pengetua ialah dengan memotong reben banner perasmian serta pengetua mengambil gambar menggunakan kamera DLSR. Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua kerana sudi hadir ke pameran ini walaupun sibuk menghadiri seminar pada waktu itu. Kami ahli kelab fotografi amat menghargainya. Terima kasih juga kepada semua warga SMKJR yang sudi hadir memeriahkan dan memberi sokongan bagi menjayakan pameran ini.

Kepada semua ahli kelab fotografi yang terlibat dalam pameran ini diucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama ,tenaga, kreativiti dan semangat yang ditunjukkan oleh anda semua. Tahun depan berjumpa lagi dengan tema yang berbeza.Insyallah!

Majlis perasmian dilancarkan oleh Pn.Rosny bt Osman dengan menanda tangan banner serta mengambil gambar menggunakan kamera DLSR


Hasil gambar yang diambil oleh Puan Pengetua semasa majlis perasmian.


Makluman 6

Jadual Waktu Sepanjang Bulan Ramadan 2011
Sesi pagi dan Sesi Petang

Penyerahan Akaun Tabung Haji


Sabtu 30 Julai 2011 - Sekolah kita telah menerima tajaan pembukaan akaun Tabung Haji daripada Lembaga Urusan dan Tabung Haji ,Bandar Baru Bangi bagi seramai 1467 pelajar Islam Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 dengan jumlah tajaan sebanyak RM2934.00 iaitu deposit RM2.00 untuk setiap akaun simpanan Tabung Haji. Untuk makluman semua, program ini adalah sebagai galakan kepada para pelajar dalam usaha memupuk sikap suka menabung dan berjimat.

Agihan buku akaun simpanan adalah seperti berikut:

Tingkatan 1 - 298
Tingkatan 2 - 276
Tingkatan 3 - 364
Tingkatan 4 - 256
Tingkatan 5 - 255
Tingkatan 6 - 18

Majlis penyerahan buku akaun ini telah disempurnakan oleh Pengetua pada perhimpunan minggu ke 25 yang lalu iaitu pada 25 Julai 2011 (Isnin).


Friday, July 29, 2011

PROGRAM PERMATA BONDA 3

PROGRAM PERMATA BONDA 3

Jumaat 29 Julai 2011 - Program Permata Bonda 3,merupakan kesinambungan program permata bonda kali - 1 dan kali - 2 yang telah dimulakan oleh pihak sekolah sejak tahun 2009. Cetusan idea Puan pengetua ini kemudiannya digarap dan diarahkan oleh Puan Shehidah bt Sirajudin (PK Hal Ehwal Murid) dengan mengemblengkan tenaga dan kepakaran barisan Urusetia Fasilitator Kepimpinan SAZIC 52477 iaitu bekas pemimpin pelajar SMK Jalan Reko yang ini sedang melanjutkan pelajaran di IPT.

Program yang dirancang khusus untuk para pelajar Tingkatan 3 ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Kehadiran 342 pelajar dan lebih 100 orang ibubapa/penjaga memberi harapan kepada pihak sekolah agar calon-calon PMR tahun ini bukan sahaja mampu melakar kecemerlangan dalam akademik malahan mampu menjadi pelajar berperibadi serta berakhlak terpuji.

Jutaan terima kasih juga atas kesudian Puan Pengetua yang sudi hadir melapangkan masa mengikuti program ini hingga ke penamatnya. Terima kasih kepada Unit Katering,Unit Disiplin,Kelab Fotografi dan semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam menjayakan program tahunan ini. Jumpa lagi di Permata Bonda 4/2012.


Monday, July 25, 2011

PAMERAN FOTOGRAFI 2011

"DARI MATA LENSA"


Kepada semua warga SMKJR.Dijemput ke Pameran Fotografi
"Dari Mata Lensa" bertempat di Dewan Lestari SMKJR
pada 28 Julai 2011(Khamis).Masa:9.30 pagi hingga 3.30 ptg.
Anjuran Kelab Forografi SMKJR

Antara tema foto yang dipamerkan:
  • Hitam & Putih
  • Sunset/sunrise
  • Makanan Malaysia
  • Malaysian Live
  • Street Photography
  • Flora & Fauna
  • Potret
  • Panorama/Pemandangan
  • Journey Of Seventeen
  • Makro
  • Pelbagai

Sunday, July 24, 2011

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE 17 2011


Ahad 24 Julai 2011 - Kejohanan Balapan dan Padang kali Ke 17 telah diadakan di Komplek SukanMPKj,Seksyen 15 Bandar Baru Bangi pada 14 Julai 2011 (Khamis) yang lalu. majlis ini telah dirasmikan oleh Pengetua Pn.Rosny bt Osman.Antara yang hadir ialah YDP PIBG SMKJR. Semua pelajar berkumpul di Kompleks MPKj pada jam 7.30 pagi dan acara perbarisan rumah sukan bermula pada pukul 8.30 pagi seterusnya acara balapan dan padang bermula. Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang disempurnakan oleh YDP PIBG,Pengetua dan PK Koko SMKJR. Majlis berakhir pada jam 12.45 tengah hari.





Perbarisan rumah-rumah sukan dan pembawa bendera kejohanan bermula diketuai oleh Saudara Fatah dari Tingkatan 6 Atas Sastera



Persembahan Formasi dari pelajar-pelajar perempuan tingkatan 4

Ucapan perasmian dari Puan Pengetua seterusnya memotong reben bagi menandakan perasmian kejohanan kali ke 17 bagi tahun 2011



Acara balapan 4 x 100m (L2) dan (P2)

Penyampai hadiah oleh Pn.Norlaili bt Mahmud (PK Koko)

Tahniah kepada semua pemenang.....

Rumah Suria menjadi Johan keseluruhan dengan pungutan mata
sebanyak 1350 pada kejohanan kali ini.Tahniah!!


Olahragawan 2011 dan Olahragawati 2011

Wednesday, July 20, 2011

SYABAS & TAHNIAH!!

Selasa 19 Julai 2011 - Kami, warga SMK Jalan Reko, ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Ahmad bin Abdullah, En. Izwan bin Abd Latiff , En Muhd Zainuddin bin Abdullah serta anak-anak MPV atas kejayaan tempat kedua ( Silver) dalam Festival Bunga dan Taman Putrajaya, Floria 2011. Floria 2011 itu telah dihoskan oleh Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Pelajar MPV telah membuktikan mereka mampu menunjukkan mutu yang sangat berkualiti dalam acara yang bertaraf antarabangsa seperti Floria 2011 itu. Hadiah kemenangan telah disampaikan pada 16 Julai 2011 oleh Y. Bhg Tan Sri Samsudin bin Osman President Putrajaya Corporation pada majlis yang penuh bermakna di Persisiran Tasik Presint 2, Putrajaya. Kami amat berbangga atas pencapaian mereka yang telah mengharumkan nama sekolah menepati dengan Visi sekolah iaitu Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.

We are proud of you…Di sinilah kamu bermula

Laman Santaian Kasih yang telah siap dihasilkan oleh para pelajar MPV

Majlis penyampaian sijil dan piala berlansung di Tapak Pesta Floria,
Presint 2,Putrajaya pada 16 Julai 2011 (sabtu).Pn.Sehidah bt Sirajudin (PK HEM) mewakili Pengetua menerima Sijil Penghargaan dari Y.Bhg Tan Sri Samsudin b Osman. Mana kala En.Ahmad b Abdullah (Unit MPV SMKJR) menerima hadiah piala dan wang tunai bernilai RM1000.00.Tahniah!





Bergambar kenangan selepas selesai majlis penyampaian hadiah.


Majlis penyampaian hadiah dan ucapan tahniah oleh pengetua diadakan pada perhimpunan mingguan iaitu pada 18 Julai 2011 (Isnin)