Friday, January 28, 2011

Larian Kecergasan 2011



JUMAAT 28 JANUARI 2011 - Larian Kecergasan telah diadakan pada 28 Januari 2011 (Khamis) bertempat di Padang SMKJR bermula pada jam 8.30 pagi.Kesemua pelajar SMKJR telah hadir bagi mewakili rumah sukan masing-masing bagi pertandingan ini.Pertandingan ini bermula dengan bacaan doa yang diketuai oleh ustaz Umar Khalis b Mamat diikuti dengan acara memanaskan badan yang telah diketuai oleh pelajar-pelajar Tingkatan 6. Rumah Suria telah memenangi pertandingan ini dengan mengutip mata tertinggi seterusnya menjadi johan acara keseluruhan.Tahniah diucapkan. Bagi pihak Unit Kokurikulum (Pn.Zaini bt Mohd Noor) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga SMKJR terutama guru-guru,Unit Pertahanan Awam (Kajang),Unit Quater Master dan semua pelajar-pelajar yang telah membantu bagi menjayakan kejohanan ini. Diharap kerjasama ini dapat diteruskan bagi memantapkan lagi organisasi sekolah. Terima kasih daun keladi,tahun depan bantulah lagi!!




Sunday, January 23, 2011

Gotong-royong Perdana Kali 1

Gotong-royong Perdana Kali Pertama 2011


23 Januari 2011(Ahad) - Bagi menyediakan suasana sekolah yang kondusif dalam pembelajaran maka pihak pengurusan sekolah telah melaksanakan aktiviti Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah. Aktiviti tersebut telah berjaya dijalankan pada hari Sabtu, 22 Januari 2011 bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.. Objektif aktiviti ini adalah untuk menerapkan amalan budaya bersih dan selamat selaras dengan hasrat negara untuk melahirkan masyarakat sihat dan selamat. Di samping itu dapat menyemai serta mengamalkan budaya kerja sihat dan sejahtera serta dapat mengukuhkan ikatan ukhwah antara warga sekolah.

Semua murid daripada Tingkatan Peralihan,T.1,2,3, 4,5 dan 6 terlibat. Murid-murid diberi taklimat khas berkaitan aktiviti sebelum dibahagi mengikut kumpulan yang telah ditentukan. Guru-guru kelas mengetuai aktiviti tersebut. Murid-murid kelihatan begitu bersungguh-sungguh membersihkan kawasan kelas dan sekitar kawasan sekolah.Selain daripada menyapu dan mengelap tingkap, ada juga murid yang membersihkan longkang dan mengutip batu kerikil .Setelah berpenat lelah, guru-guru dan murid-murid dijamu dengan roti dan air sirap. Walaupun keletihan, mereka berpuas hati dengan persekitaran sekolah yang kini lebih bersih, cantik dan ceria.

Terima kasih kepada semua guru dan murid yang hadir dan bertungkus-lumus untuk menjayakan aktiviti Gotong-Royong ini. Turut serta dalam program ini ialah Dr.Tuan Suhaimi bin salleh, YDP PIBG sekolah.


"Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringnya ia menitik"






Thursday, January 20, 2011

Program Qalam Mutiara Bahasa

Latihan Larian Kecergasan

19 JANUARI 2011(Rabu) - Latihan Larian Kecergasan telah diadakan pada 18/01/2011 (Selasa) pada jam 3.30 petang bertempat di padang sekolah. Kesemua pelajar sesi pagi berkumpul di padang sekolah mengikut rumah sukan masing-masing untuk mengambil kedatangan. Pelajar-pelajar memanaskan badan dan pada pukul 3.45 ptg larian dimulakan. larian selesai pada jam 5.00 petang.


Wednesday, January 19, 2011

Watikah Pelantikan Pemimpin 2011


19 Januari 2011 (Isnin) - Majlis watikah pelantikan dan bacaan ikrar pemimpin-pemimpin pelajar diadakan pada 17 Januari 2011 (Isnin) di Dataran Wawasan SMKJR bermula jam 7.30 pagi yang dirasmikan oleh Puan Rosny bt Osman (Pengetua).Semua pemimpin-pemimpin pelajar dari pelbagai unit iaitu Badan Pengawas,PRS(Pembimbing Rakan Sebaya), Pengawas Pusat Sumber,Pengawas PPKI,Unit SPBT, Unit Quarter Master,Badan Pengurusan Kelas dan Unit Koperasi Sekolah telah menerima watikah pada majlis yang bersejarah ini.Di harap para pemimpin pelajar yang telah dilantik ini akan menjalankan tugas dengan penuh kesungguhan dan tanggungjawab dengan tugasan yang diberi.Tahniah kepada semua pemimpin yang telah dilantik bagi sesi 2011.


Monday, January 17, 2011

Takziah


Pengetua,semua warga pendidik dan pelajar-pelajar SMKJR mengucapkan takziah kepada Pn. Vickneasvarie a/p Thambirajah sekeluarga di atas pemergian mendiang suami tercinta beliau iaitu En. Selvaratnam a/l K.Sabaratnam pada 17 Januari 2011. Diharap Pn.Vickneasvarie sekeluarga tabah menghadapi segala dugaan.

Thursday, January 6, 2011

Taklimat & Pendaftaran Kokurikulum

Taklimat Kokurikulum 05 Januari 2011(Rabu)
oleh: Pn.Zaini bt Mohd Noor







Pendaftaran Kokurikulum - 06 Januari 2011 (Khamis)
Kelab yang telah ditetapkan - Di Kelas
Kelab Terbuka - Di kantin
7.30 hingga 8.40 pagi

Takwim Ujian Dan Peperiksaan 2011

Taklimat HEM

Taklimat Hal Ehwal Murid - 04 Januari 2011 (Selasa)
oleh : Pn.Sehidah bt Sirajuddin




Monday, January 3, 2011

Perhimpunan Pertama Sesi 2011



SELASA 04 JANUARI 2011 - Perhimpunan Rasmi hari pertama telah dimulakan tepat pada jam 7.30 pagi di Dataran Wawasan. Perhimpunan pagi ini berjalan dengan teratur dan kemas yang telah dikendalikan oleh para pengawas di bawah pimpinan Pn.Sehidah Bt Sirajuddin (PK HEM). Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa,ikrar dan nyanyian lagu-lagu rasmi sekolah.Pengetua memulakan ucapan selamat datang dan ucapan penghargaan kepada saudara Muhammad Syahmi b. Mohd Rahim (5TV4) atas komitmen mantap yang beliau tunjukkan semasa mengetuai arahan kepada setiap warga untuk berbaris. Beliau membuat pengumuman berkenaan pencapaian PMR yang menurun sebanyak 2.76 %
Harapan beliau agar murid Tingkatan 3 tahun 2011 dapat mengubah pencapaian masa akan datang ke arah yang lebih memberansangkan melalui akad kepada guru tingkatan yang mengarah kepada misi sekolah, iaitu membangun potensi murid melalui pendidikan berkualiti.
Pada perhimpunan kali itu juga pengetua menyampaikan sijil penghargaan kepada panitia yang telah berjaya meningkatkan % pencapaian dalam PMR. Perhimpunan diakhiri dengan penyampaian cenderahati dari pengetua dan koperasi sekolah kepada 6 pelajar yang mendapat 8A dalam keputusan PMR. Semoga anugerah ini akan memberi suntikan semangat bagi meneruskan khidmat bakti kecemerlangan kepada semua guru dan pelajar pada masa akan datang .Insyallah....!!

Sunday, January 2, 2011

Pendaftaran Tingkatan 1 & Peralihan Sesi 2011


SABTU 01 JANUARI 2011 - Selamat Datang diucapkan kepada pelajar-pelajar baru Tingkatan 1 dan Peralihan ke SMKJR bagi sesi 2011.Pendaftaran bermula pada jam 8.00 pagi bertempat di Dataran Wawasan SMKJR mengikut kelas-kelas yang telah ditetapkan.Selepas pendaftaran,pelajar-pelajar bersama ibubapa berkumpul di dalam Dewan Lestari SMKJR bagi sesi taklimat yang disampaikan oleh Puan Pengetua dan Guru-guru Kanan bagi menerangkan matlamat,pencapaian,pentadbiran serta serba sedikit tentang latar belakang sekolah. Selepas selesai sahaja sesi taklimat berakhir pelajar-pelajar bergerak ke kelas yang telah ditetapkan bagi sesi 2011 untuk taklimat lebih lanjut daripada guru tingkatan masing-masing. Sesi pendaftaran berjalan lancar dan teratur. Terima kasih kepada semua warga pendidik serta pelajar2 SMKJR yang membantu pada hari tersebut.Semoga dengan kerjasama ini akan menjadikan visi dan misi sekolah kita akan tercapai.Kami warga SMKJR mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru. Semoga anda akan memanafaatkan ilmu yang diperolehi agar menjadi insan berguna suatu hari nanti.