Saturday, January 30, 2010

Sekalung Budi Lambaian Kasih buat Pn.Sharizan Nor bt Shamsudin

29 Januari 2010 adalah hari terakhir langkah seorang insan bernama Sharizan Nor bt Shamsudin dari SMKJR. Majlis Persaraan Sekalung Budi Lambaian Kasih buat Pn.Sharizan Nor berjalan lancar.Perasaan sedih,sayu,hiba dari semua warga SMKJR mengiringi langkah terakhir seorang pendidik yang telah lama berkhidmat di SMKJR.Kami warga SMKJR kehilangan seorang rakan seperjuangan dan guru yang amat komited dan mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang Matematik.Tapi walau bagaimana pun ...kami di SMKJR mendoakan beliau akan menjalani kehidupan yang lebih baik dan kami di sini sentiasa mengingati jasa-jasa beliau....salam terakhir moga kita akan berjumpa lagi.You are the best Pn.Sharizan Nor!!










Thursday, January 28, 2010

Aktiviti Panitia Bahasa Melayu

KERJA RUMAH KARANGAN BAHASA MELAYU

Hampir 80% daripada pelajar tidak mempunyai matlamat atau tidak tahu apa yang dikatakan sebagai matlamat. Cuba fikirkan sejenak, sekiranya anda tidak pasti apa yang anda mahukan, bagaimana mungkin anda membuat perancangan dan mengatur langkah untuk mendapatkannya?
Tanpa matlamat hidup anda akan sia-sia. Tanpa matlamat masa akan terbuang begitu sahaja tanpa disedari. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit .Oleh itu mulai minggu ke 4 persekolahan 2010 ( 25 Januari 2010 ) semua pelajar T. 1 hingga T.3 akan membuat karangan Bahasa Melayu dalam buku latihan khas setiap hari Isnin hingga Jumaat .Karangan yang panjangnya antara 180 hingga 200 patah perkataan telah disediakan oleh setiap guru panitia Bahasa Melayu .

Tajuk-tajuk karangan adalah seperti berikut:


Surat Makluman

Monday, January 25, 2010

Mesyuarat Agung Kali 16



Mesyuarat Agung kali Ke 16 telah diadakan pada 23/01/2010 (Sabtu)di Dewan Lestari SMKJR jam 8.30 hingga 12.30 tengah hari.Majlis berjalan lancar.Kehadiran ibu bapa serta guru-guru amat menggalakkan.Antara agenda yang dibincangkan ialah laporan tahunan PIBG 2009/2010,laporan kewangan 2009/2010,usul-usul dan tindakan PIBG 2009/2010 dan perlantikan AJK PIBG 2010/2011.Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi hadir ke mesyuarat ini. Semoga dengan sokongan dan keperihatinan tuan-tuan dan puan-puan terhadap sekolah dan anak-anak akan memberi semangat kepada kami para guru untuk meneruskan bakti bagi memperkasakan lagi kemajuan dan kecemerlangan sekolah bagi tahun-tahun yang akan datang.
















Guru-guru dan ibu bapa tiba seawal jam 7.30 pagi untuk mendaftar di kaunter pendaftaran.







Puan pengetua sedang mendaftar nama di kaunter pendaftaran.














Kata alu-aluan dari Puan Pengetua dan YDP PIBG Ir.Dr.Tuan Suhaimi b Salleh





























Suasana sepanjang mesyuarat dijalankan dengan pembentangan usul-usul yang telah dikemukakan oleh ibu bapa.





Barisan AJK PIBG kali ke 16 yang terdiri daripada ibu bapa dan guru-guru sesi 2010/2011.Tahniah di atas perlantikan dan diharap kesepakatan ini akan menjana kecemerlangan dan kemajuan sekolah.Insyallah.....

Sunday, January 24, 2010

Majlis Pelantikan dan Bacaan Ikrar Pemimpin-pemimpin Pelajar 2010



Majlis watikah pelantikan dan bacaan ikrar pemimpin-pemimpin pelajar diadakan pada 22 Januari 2010 (Jumaat) di Dataran Wawasan SMKJR bermula jam 7.30 pagi yang dirasmikan oleh Puan Rosny bt Osman(Pengetua).Semua pemimpin-pemimpin pelajar dari pelbagai unit iaitu Badan Pengawas,PRS(Pembimbing Rakan Sebaya), Pengawas Pusat Sumber,Pengawas PPKI,Unit SPBT, Unit Quarter Master,Badan Pengurusan Kelas dan Unit Koperasi Sekolah.












Puan Pengetua diiringi oleh guru-guru kanan dan Wakil Pemimpin Pelajar SMKJR ke Dataran Wawasan.

























Majlis dimulakan dengan lafaz ikrar Rukun Negara oleh pelajar dan guru-guru.








Puan Pengetua sedang memberi ucapan aluan seterusnya merasmikan Majlis Pelantikan Pemimpin-pemimpin pelajar




































Ketua pemimpin bagi setiap unit menerima watikah dari Puan Pengetua.




























Lafaz ikrar dari Wakil Pemimpin Pelajar dan sesi bergambar barisan pemimpin pelajar serta AJK sesi 2010 bersama dengan Pn.Sehidah bt Sirajudin(Guru Kanan HEM).